Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan
lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol
orang bukan Islam.
"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun.
"Tapi
oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia
beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap
Islam," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily hari ini.
Naib
Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik
Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak
mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu
berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut
dirogol jika tidak menutup aurat.
Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Sementara
itu, menteri besar Kelantan juga dilapor berkata, dakwaan yang dilempar
MCA terhadapnya sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong
terhadap Islam.
Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.
"Apabila
Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik
parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.
"Jadi
mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam,
Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,"
ujarnya lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/212919
Monday, October 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment