Tuesday, December 23, 2008

Pendedah Eurocopter, Abu Zahar sertai PAS hari ini

KUALA LUMPUR,24 Dis (Hrkh) - Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.-azm

Analogi hudud kelantan dan terengganu

Analogi Perkembangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu Sehingga Diwartakan. Selepas Parti SeIslam Malaysia (PAS) berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihanraya 1990 dengan majority, Menteri Besar Kelantan Y.A.B Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan bahawa beliau akan memperkenalkan undang-undang hudud di negeri tersebut sebagai mengotakan janji beliau semasa pilihan raya. Pada 25 November 1993 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri oleh Y.A.B Tuan Guru Dato Seri Haji Nik Aziz Nik Mat. Dengan berkat Allah s.w.t, rang undang-undang hudud tersebut diluluskan dengan kesemua 39 ahli Dewan Undangan Negeri menyokong usul tersebut termasuk dua ahli dari parti pembangkang. Dengan pelulusan Rang undang-undang tersebut bermakna negeri Kelantan merupakan negeri pertama memperkenalkan Undang-undang Hudud di Malaysia selepas merdeka.

Rang undang-undang hudud tersebut telah mendapat perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Kerajaan pimpinan PAS hanya berupaya memperkenalkan rang undang tersebut selepas mendapat kemenangan selesa dalam pilihan raya.Satu suruhanjaya yang diketuai oleh peguam Tuan Haji Sulaiman Abdullah turut diwujudkan bagi menyiasat keesahan Rang Undang itu dan hasilnya,mereka sepakat bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 adalah tidak bercanggah dengan syariah.(4)

Hudud Kelantan merangkumi tujuh puluh dua perihal dan lima bahagian jadual yang dibahagikan kepada enam bahagian. Ianya ialah kesalahan hudud, qisas, jenayah, pelaksanaan hukuman, provisi am dan prosiding mahkamah syariah. Hukuman hudud dalam bahagian satu terbahagi kepada enam perihalan iaitu hirabah, zina, qazaf ( tuduhan terhadap kesalahan zina dimana tidak boleh dibawa 4 orang saksi), shrub (kesalahan minum arak) dan murtad (keluar agama Islam). Sebenarnya idea untuk melaksanakan hudud ini telah digagaskan oleh Menteri Besar Kelantan sejak kerajaan telah melahirkan hasrat untuk memperkenalkan hukuman hudud pada tahun 1991 lagi. Pengenalan hukuman hudud ini merupakan satu tindakan yang sangat berani dalam menegakkan kedaulatan agama Islam bahawa dengan pengenalan Kanun Jenayah Syariah II 1993, ianya telah melangkau bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri Kelantan juga mengumumkan bahawa Rang undang-undang tersebut disediakan oleh satu jawatankuasa dan disemak serta diluluskan oleh Jemaah Ulama Islam Negeri dan Majlis Melayu (MAIK) dan mufti negeri selepas mengambil kira semua aspek dalam Syariah Islam. Sejajar dengan itu, MAIK telah mengadakan pertemuan denagan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baik Islam dan bukan Islam untuk menerangkan fungsi undang-undang Hudud ini. Malah sami-sami Buddha terpegun dengan penjelasan Tuan Guru dan menerima rang undang-undang ini dengan sebulat hati selepas mendapati ianya tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam boleh dibicarakan dibawah undang-undang Islam jika mereka merelakannya. Di sini menunjukkan bahawa undang-undang hudud ialah satu rang undang-undang yang adil dan saksama pelaksanaannya kepada semua pihak.

Namun Rang undang-undang hudud tidak dapat dikuasakan kerana mendapat bantahan keras daripada kerajaan persekutuan atas alasan undang-undang hudud tersebut bercanggah dengan undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakannya sebelum disetujui oleh Kerajaan Pusat.Merujuk kata-kata Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 20 April 1992 yang mnyatakan bahawa,"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

artikel penuh

Mahfuz menang lawan Utusan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat. Image

Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.-azm

Monday, December 22, 2008

Ketepikan ego politik, mansuhkan PPSMI - Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu.

"Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar.

"Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini.

Katanya memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, beliau mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.

"Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. "Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.

"Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi," katanya.-azm _

4,749 pekerja bakal diberhentikan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh)- Angka yang membimbangkan. Keadaan semakin 'kronik' dan seolah-olah membuktikan ekonomi dalam keadaan yang parah apabila kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh dan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan, mulai Januari 2009.

Menurut laporan majikan yang bercadang memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) perlu memberitahu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 30 hari lebih awal.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata majikan wajib mengisi Borang Pemberhentian Kerja yang boleh didapatkan di pejabat-pejabat JTK atau dimuat turun di http://jtksm.mohr.gov.my.

Beliau berkata majikan yang ingkar boleh dikenakan denda maksimum RM10,000.

"Kita telah menubuhkan pusat tindakan di setiap daerah bagi memantau syarikat-syarikat atau majikan yang mungkin menghadapi kesulitan kewangan semasa situasi ekonomi sekarang.

"Pegawai-pegawai kita akan melawat syarikat-syarikat ini dan menyediakan laporan mingguan yang akan dihantar ke pejabat negeri dan kemudian disusun di peringkat pusat.

"Ini akan membolehkan pasukan kita di peringkat bawah menentukan bahawa majikan memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pekerja," katanya.

Bernama melaporkan Subramaniam berkata kementeriannya akan memastikan syarikat-syarikat membayar pampasan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan iaitu gaji 10 hari bagi yang bekerja kurang dari dua tahun; 15 hari gaji bagi yang bekerja dua hingga lima tahun; dan 20 hari kerja bagi yang lebih dari lima tahun.

Beliau berkata kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh dan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan, mulai Januari 2009, dengan kebanyakan mereka dari sektor elektronik.-azm _

Wednesday, December 17, 2008

Gurindam Nik Aziz buat pengundi Kuala Terengganu

KOTA BHARU, 18 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi.

Gurindam itu antara lain berbunyi:

Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.

Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.

Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini.

Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:

Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.

Dalam masa yang sama beliau turut menyampaikan salam kepada seluruh warga pengundi Parlimen Kuala Terengganu supaya mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari tahun hadapan.

Menurutnya, tiada sebab calon PAS perlu ditolak dalam mana-mana pilihan raya memandangkan parti itu juga mampu melaksanakan apa yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang BN buat, PAS juga boleh buat, seperti pembangunan, nak jaga Melayu, kita juga boleh berbuat demikian, jadi tiada sebab Umno dan BN diberi peluang sekali lagi untuk memilih mereka.

"Sedangkan pada waktu yang sama Allah telah memberi ruang pada manusia menilai setiap apa yang ada di hadapan mereka, contohnya terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan,"ujarnya lagi.

Tuan Guru memberitahu, apa yang berbeza Umno memperjuangkan kebangsaan, sebaliknya PAS dasar Islam yang wajar disokong oleh semua pihak.

Tambahnya lagi, kerana keyakinan terhadap perjuangan PAS mereka menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan bukannya kelab Umno walaupun sudah lama bersama parti itu.

Beliau juga berkeyakinan calon PAS dijangka akan memenangi dalam pilihan raya kecil itu nanti berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku di dalam parti Umno dan kerajaan seperti perpecahan dan rasuah.

Sambungnya, masaalah itu merupakan petaka yang buruk dalam mana-mana Negara sekalipun termasuk Malaysia di mana ianya turut disebut dalam perlembagaan negara.

"Saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu nanti, mana-mana calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat berhubung perkara itu wajar disokong.

"Cadangan calon terdahulu Mat Sabu (Mohammad Sabu) hanyalah pandangan peribadi saya saja, kalau nak letak orang lainpun jika itu keputusan mesyuarat parti tiada halangan," ujarnya lagi.

Ketika diminta mengulas berhubug calon bebas juga bakal bertanding dalam pilihan raya itu, PAS menerima dengan terbuka.

"Dia dah bebas, tak boleh nak cakap apa lah, dia bebaslah nak bertanding ke nak apapun," ujarnya lagi.

Tuan Guru turut menolak telah berlaku dua golongan dalam PAS di Terengganu sehingga menjadikan pilihan raya kecil itu nanti sebagai medan untuk menguji kekuasaan masing-masing.

"Itu hanya andaian musuh, oleh kerana musuh dalam keadaan kelam kabut sekarang, jadi pandai-pandailah dia mengadakan sesuatu pada parti lawan, itu memang dah jadi kaedah manusia.

"Biarlah lawan nak kata PAS sampai ada dua tiga kumpulan pun namun yang penting kita akan berdepan dengan senang hati," ujarnya.

Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja - Guan Eng

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini._

Tuesday, December 16, 2008

selangor pembaca harakah tertinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Selangor dan Kuala Lumpur menduduki tempat teratas sebagai negeri yang mempunyai pembeli dan permintaan akhbar Harakah tertinggi yang mencecah 1.3 juta sebulan.

Ianya diikuti pula oleh negeri Perak yang mempunyai 560,000 pembeli Harakah, Kedah (422,000) dan Johor (360,000). Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar berpandukan kepada laporan awal pengurus pemasaran Shuhaimi Embong sewaktu sesi soal jawab 'post-mortem' Harakah dua kali seminggu bersama warga kerja dan pengedar Harakah di salah sebuah hotel dekat sini pagi tadi.

Dalam sesi itu juga, kolumnis tetap Harakah A. Shukor Harun melahirkan rasa kebimbangan 'trend' kebanyakan ahli PAS yang dilihat secara rambang tidak begitu membaca akhbar organ parti itu dan menggesa supaya satu kajian khusus dibuat punca situasi itu berlaku.

Selain itu beberapa wakil pengedar turut mmberi pandangan antaranya 'tarikan' muka depan, jenis berita-berita dan tumpuan perlu diberikan kpada negeri-negeri di bawah bayu seperti Sabah. Image

Sementara itu dalam sesi itu juga, kolumnis dan seniman terkenal Dinsman turut dijemput untuk berkongsi pandangan dan idea untuk meningkatkan kualiti dan jualan akhbar Harakah.

Antara pendapat beliau ialah 'Headline' Harakah selalunya bersifat politik seolah-olah hanya individu yang minat politik sahaja yang membaca Harakah secara tidak lansung PAS dan Islam digambarkan sebagai hanya berminat dengan politik berbanding budaya, pendidikan, ekonomi dan isu-isu sosial.

"Cuba sesekali buat 'headline' isu masyarakat semasa. Dengan cara ini boleh menampakkan yang Harakah itu bersama dengan isu masyarakat," katanya di hadapan warga kerja Harakah terdiri daripada para wartawan.

Beliau juga turut membangkitkan persoalan Harakah yang cenderung bersiat 'buletin parti' sehingga terlalu banyak berita aktiviti PAS yang tidak diketahui keutamaannya. Image

Dinsman juga turut memuji ruangan yang menarik dalam Harakah seperti '5 Soalan Panas', Interbiu Eksklusif dan Tamu Isnin-Jumaat' namun perlu diberi penekanan untuk diperbaiki kualiti persembahannya supaya pembaca minat dan faham isi kandungannya.

Sebelum itu Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar mahu objektif utama Harakah dan Harakahdaily tercapai di samping mestilah sentiasa dilihat terbuka, bebas dan benar dalam menyampaikan laporan kepada masyarakat.-azm _

Monday, December 15, 2008

Seleweng kuasa: BPR bersihkan menantu MB Kelantan

KOTA BHARU, 16 Dis (Hrkh) - Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan.

Begitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan.

Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas.

"Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya.

Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduhan tidak berasas sebelum ini.

"Terima kasih di atas sokongan dan doa beterusan Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri serta kawan-kawan yang mengikuti kes ini.

"Saya memang menghadapi kes ini dengan tenang dan yakin ia akan selesai dengan baik.Terima kasih kepada pengarah dan pegawai BPR yang memberi layanan baik semasa siasatan dilakukan.Image

"Saya tetap komited dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri iaitu ubudiah, masuliah dan itqan yang mana ia memberi panduan manual kerja kepada saya untuk dunia dan akhirat," katanya.

Beliau juga memanjatkan doa supaya Allah swt memberikan hidayah, kemudahan, keberkatan dan kekuatan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

Menurut beliau dengan selesainya kes tersebut, membolehkannya bekerja dengan lebih gigih bagi menjayakan misi dan agenda PMBK.

Katanya juga beliau mengalu-alukan sebarang teguran bagi kebaikan PMBK yang diterajuinya sekarang.

Sebelum ini ada beberapa kes yang cuba dibabitkan pemimpin kerajaan negeri dan pegawai dengan membuat laporan kepada BPR serta polis, namun belum ada yang mampu diketengahkan ke peringkat pendakwaan.

Begitu juga dengan siasatan polis terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataan pernah cuba dirasuah tauke balak ketika baru mengambilalih teraju pentadbiran kerajaan negeri, namun ia senyap sepi sehingga sekarang. - mj _

Pembangkang sokong SPRM dengan syarat

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, pembangkang akan memberikan sokongan penuh terhadap akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) dengan syarat perubahan dan penyesuaian penting dilakukan terhadap beberapa peruntukan dalam akta itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, akta baru itu tidak akan menyelesaikan masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ini.

Kata beliau, pengenalan undang-undang itu terlalu sukar kerana melalui pengalamannya terlibat dengan penggubalan Akta Pencegahan Rasuah 1997, beberapa peruntukan gagal diperkenalkan kerana mendapat halangan daripada beberapa pemimpin.

"Saya lebih mirip untuk mendokong banyak peruntukan ini kerana secara kebetulan, saya terlibat secara langsung mengawasi dan membentang Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 1997 yang begitu sukar dan kontroversi kerana tidak mendapat cukup sokongan dari rakan-rakan pada ketika itu," kata beliau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang SPRM 2008 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, salah satu peruntukan yang harus dipinda dalam akta SPRM adalah penglibatan Jabatan Peguam Negara dalam proses pendakwaan di bawah Fasal 58, Bahagian 7 yang menyatakan pendakwaan sesuatu kesalahan tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.

"Menteri memberi penjelasan di dalam dan luar Dewan dengan meluahkan sebahagian kuasa memutuskan sebahagian pendakwaan kepada Peguam Negara, mengharapkan ada keupayaan untuk menyemak dan menghalang keterlanjuran pihak suruhanjaya.

"Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Jabatan Peguam Negara khususnya Peguam Negara terlalu terselaput dengan terlalu banyak tuduhan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

"Apatah lagi sekarang ini, Peguam Negara sendiri sedang menunggu pendakwaan terhadapnya. Saya difahamkan dengan maklumat yang cukup kuat bahawa BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah pun mengemukakan laporan, menunggu sahaja keputusan untuk mendakwa yang tertangguh lama sebab ia melibatkan Peguam Negara," katanya.

Anwar berkata, kuasa penglibatan Peguam Negara dalam SPRM yang lebih 'kuat' daripada BPR ini menunjukkan integriti suruhanjaya ini masih terperangkap dengan kegagalan kerajaan membersihkan institusi pemerintahan pentadbiran.

Tegas beliau lagi, terdapat kes yang dibawa oleh BPR kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini ditutup begitu sahaja walaupun mempunyai bukti yang mencukupi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membacakan rang undang-undang SPRM buat kali kedua.

Beliau berkata, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah 5,000 anggota dalam tempoh lima tahun bagi membantu BPR mempercepat proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat. - mns_

AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan atur cara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihan raya.

AMK akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda P36 Kuala Terengganu ini, katanya.

AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampung di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat, katanya.

Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu, katanya.

Kata Shamsul jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 Januari nanti. - mns_

Sunday, December 14, 2008

Terengganu masih teruskan saman royalti

KUALA TERENGANU, 15 Dis (Hrkh) - Kerajaan Terengganu belum menarik balik saman terhadap Kerajaan Pusat berhubung royalti petroleum dan gas tahun 2000 kerana perundingan penyerahan royalti masih berjalan.

Bagaimanapun agak meragukan apabila Kerajaan Terengganu dilaporkan menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat sejak 2000, berjumlah RM6.218 bilion sebagaimana dijelaskan Menteri Besar Dato' Ahmad Said.

Apa yang dimaksudkan secara langsung tidak diketahui kerana sejak tarikh itu kerajaan Terengganu tidak lagi menerima wang royalti berkenaan seperti sebelumnya melainkan lebih RM400 juta diawal tahun berkenaan.

Bagaimanapun Dato' Ahmad berkata bayaran itu termasuk RM408.6 juta yang dibayar pada majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di sini, semalam.

"Pada masa ini, kerajaan Terengganu sedang menunggu senarai penuh perbelanjaan digunakan oleh kerajaan Pusat, yang melibatkan wang royalti minyak itu," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu jumlah wang royalti minyak yang diterima kerajaan Terengganu dari 2000 hingga 2008, pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di sini semalam.

Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.

Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.

"Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan.

"Insya-Allah, setelah kita mendapat senarai lengkap ini, rundingan terakhir dengan kerajaan Pusat untuk menuntut kembali hak kita, iaitu baki yang ada dapat dilaksanakan," katanya.

Ahmad berkata kerajaan Pusat telah bersetuju menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu dan rundingan untuk menyelesaikan beberapa perkara masih dijalankan.

"Sebab itu, sehingga kini kita belum menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan Pusat," katanya menjawab soalan tambahan Dato' Harun Taib (PAS-Manir), yang ingin tahu kenapa wang royalti itu disimpan kerajaan Pusat.

Saman terhadap kerajaan Pusat berhubung isu wang royalti tersebut difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004. -

Ali Rustam terdesak tarik balik larangan lawat Kelantan

KOTA BHARU, 14 Dis (Hrkh) - Lapan tahun lalu, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melarang kakitangan kerajaan negeri terbabit melawat Kelantan, namun beberapa hari lalu tegahan itu tiba-tiba ditarik balik.

Apakah motif tersebut, sedangkan tindakannya sebelum ini jelas bersifat dendam politik.

Biar pun larangan itu mengambil masa selama lapan tahun, namun ia seperti tidak pernah diendahkan kakitangan kerajaan Melaka apabila banyak rombongan datang di sini ketika larangan masih berkuatkuasa.

Malah, Mohd Ali sendiri keluar masuk kampung di Pasir Mas ketika berlangsung pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.

Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka itu disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan menjadi pengampu besar dalam Umno.

"Negeri-negeri lain yang juga diperintah Barisan Nasional tidak pernah melarang kakitangan mereka melawat Kelantan seperti dilakukan Mohd Ali.

"Tindakan terbarunya tidak lain lagi kerana mahu menonjolkan diri kononnya sebagai seorang pemimpin yang terbuka bagi melayakkannya dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan," katanya di sini.

Baru-baru ini Mohd Ali mengumumkan menarik balik larangan kepada kakitangan kerajaan Melaka daripada melawat Kelantan ketika melancarkan Tahun Melawat Melaka di sini.

Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri tidak nampak Ketua Menteri Melaka itu ikhlas apabila tiba-tiba menarik balik larangan kakitangannya daripada melawat Kelantan.

"Sebenarnya keputusannya itu mempunyai hasrat terselindung bagi mencari penyokong di kalangan perwakilan Umno di negeri ini untuk mencapai impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menyambut baik tindakan dilakukan Mohd Ali dan mendoakan semoga diberi hidayah oleh Allah Taala supaya kembali ke landasan Islam sebenar. - mj _

Wednesday, December 3, 2008

Segera wartakan Fatwa Haram Rokok - Teras

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh)-Teras pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini.

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok.

Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok.

"Kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes penagihan dadah dari sehari ke sehari di kalangan generasi tunas ini.

"Kita juga tidak dapat menafikan kos penyelanggaran untuk memungkinkan perokok disediakan tempat merokok dan membersih sampah dari rokok yang juga menelan belanja yang sepatutnya disalurkan kepada urusan masyarakat yang lebih bermanfaat," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakah.

Bahaya rokok yang menyebabkan kebakaran juga tidak kurang memperkukuhkan mudharat kenapa fatwa ini bukan sahaja mempunyai nas naqli malah juga nas akli, kata Azmi

Lantaran itu katanya penyemakan semula terhadap fatwa ini tidak wajar diadakan sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah mempastikan perwataan fatwa menjadi undang-undang yang rasmi dan menentukan mekanisme penguatkuasaan ke atas mereka yang melanggar undang-undang tersebut.

Negara seperti Thailand, Singapura dan Kanada sudah jauh kehadapan dalam memperketatkan undang-undang mengenai rokok dan merokok berbanding kita malah Malaysia sendiri telah menjadi salah sebuah Negara yang menandatangani sebuah Konvensyen antarabangsa mengenai kawalan rokok, kata Azmi

"Kita tidak dapat menerima alasan mereka yang bertanggungjawab yang masih melengah-lengahkan tindakan untuk mewartakan fatwa ini di peringkat kerajaan negeri.

"Fatwa ini akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh umat Islam memandangkan hukum agama, walaupun ada yang melanggarnya, namun boleh memberi impak yang kuat untuk membasmi tabiat yang memudaratkan ini dari terus dibudayakan," katanya.-Hrkh _

Calon Kuala Terengganu, Nik Aziz mahu Mohamad Sabu

KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.

Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

"Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.

"Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya.

Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing,

"Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau juga berkeyakinan Mohamad akan bergelar 'yang berhormat' selepas itu kerana akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil itu walaupun tewas baru-baru ini berdasarkan perkembangan semasa.

Lagipun katanya, tiada sebab orang Melayu dan Islam itu sendiri tidak memilih perjuangan PAS.

Sambungnya, bagaimanapun keputusan calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti belum lagi diputuskan memandangkan mesyuarat berhubung dengannya belum diadakan.

"Itu (cadang pilih Mohamad Sabu), hanya pandangan peribadi saya saja, keputusannya hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat nanti,"ujarnya lagi. - mks. _

Pemecatan Zaid sudah dijangka - Nuridah

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - Pemecatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim daripada Umno yang berkuatkuasa serta merta tidak memeranjatkan sebaliknya memang sudah dijangkakan.

Demikian pandangan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang telah menjangkakan pemecatan terhadap Zaid daripada menjadi ahli Umno.

Ini dapat dilihat katanya daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaid yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan jika ISA diteruskan.

Beliau berkata, penentangan Zaid terhadap ISA itu telah memberi tamparan hebat terhadap pimpinan Umno.

Sehingga semalam katanya, pimpinan Umno terutama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak masih mempertahankan ISA kerana ia kononnya menjaga keselamatan negara daripada pengganas.

Menurut beliau, kehadiran Zaid di Kongres Parti KeADILan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini mempercepatkan proses pemecatannya.

"Pihak Umno memang menunggu saat untuk memecat Zaid, manakala Zaid pula mungkin sudah bersedia untuk dipecat," katanya.

Sehubungan itu, Nuridah mengajak Zaid menyertai PAS kerana PAS tidak pernah berganjak menentang ISA dan akan terus menentang sehingga hukuman rimba itu dimansuhkan. - mns _

Tuesday, December 2, 2008

Zaid Ibrahim dipecat,Zahar digantung 3 tahun

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) -Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno serta merta malam tadi.

Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Presiden Umno berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam tadi.
Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.
Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional KeADILan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.
Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM). - mks._

Satu sistem pendidikan:Nurul Izzah bidas Mukhriz

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (keADILan) membantah keras kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir berkenaan "pelaksanaan satu sistem pendidikan" yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen perkauman bagi membantu kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tersebut.
Iklan

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Kita menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. katanya dalam satu kenyataan.
"Cadangan Mukhriz jelas berniat menonjolkan dirinya sebagai "pejuang bangsa Melayu" supaya menang Ketua Pemuda Umno pada Mac tahun depan, bukan sahaja membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran, malah turut menjejaskan hubungan sesama kaum,"katanya dalam satu kenyataan.
Katanya jika Mukhriz benar-benar seorang "pejuang bangsa Melayu", beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan bukan menghapuskan aliran pendidikan lain.
Hakikatnya kata Izzah sebagai calon yang bakal memimpin barisan Pemuda Umno, Mukhriz telah gagal mengemukakan pandangan yang lebih terbuka dari segi pendidikan tetapi mengikut jejak lama pemimpin sekarang yang bersifat perkauman, malah lebih ekstrim bagi melanjutkan polisi perkauman Umno-BN.
"Kita menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan provokasi Mukhriz yang cuba mengapi-apikan pergaduhan kaum demi kepentingan politik sendiri, dan terus menggesa kerajaan BN kembali kepada sistem pendidikan yang adil kepada semua," katanya.-Hrkh _

Tuesday, November 25, 2008

video ceramah-"KENAPA ISLAM LAWAN ISLAM??" oleh Ust Azhar Idrus

Monday, November 24, 2008

Usul Anwar bincang isu ekonomi ditolak Speaker Dewan Rakyat

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Nov 24, 08 | 1:45:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Usul Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di bawah perkara 18 (1) khas bagi membincangkan isu kegawatan ekonomi yang dibawa ke Dewan Rakyat pagi tadi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Dato' Ronald Kiandee.

Ronald semasa menolak usul itu menyatakan, usul yang dibawa oleh Anwar (KeADILan Permatang Pauh) itu tidak berkehendak disegerakan.

Anwar yang sebelum itu bangun bagi membacakan usul tersebut meminta dewan ditangguhkan bagi membolehkan persoalan kelesuan dalam pencapaian negara bagi mendapatkan pelaburan asing (FDI) yang masuk.

Menurut Anwar, walaupun satu ketika lalu negara menikmati FDI yang agak tinggi, namun sejak kebelakangan ini ia semakin merosot malah berada pada tahap membimbangkan.

Walhal, negara-negara lain di Asia memperolehi FDI yang meningkat dari semasa ke semasa, Malaysia sebaliknya merudum, kat Anwar.

Beliau merujuk kepada laporan 'United Nations Conference on Trade and Development Worlds Investment Report 2008' berhubung kedudukan Malaysia yang semakin merosot dalam FDI termasuk di peringkat Asia.

walaupun usulnya ditolak, Anwar mahu kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil maklum usul beliau dan memandang serius laporan Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB).

Bercakap di luar Dewan Rakyat semasa mengadaka sidang medianya pula, Anwar kesal kerana kerajaan enggan membincangkan kelemut ekonomi yang parah hari ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

Ujar Anwar, Pakatan Rakyat mahu mengambil bahagian menyelesaikan kemelut ekonomi negara dan perbincangan meja bulat bersama pimpinan BN dan Pakatan Rakyat adalah jalan terbaik ke arah itu.

Beliau melahirkan kebimbangan jika isu itu tidak dibincangkan secara kolektif dan segera, ia bakal memparahkan lagi ekonomi negara. _

Sunday, November 23, 2008

Pakat doa hujan lebat tidak turun di Kelantan - MB

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
Sun | Nov 23, 08 | 5:38:37 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Biar pun air bah belum melanda Kelantan, namun Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meninjaukan keadaan Sungai Kelantan berikutan hujan lebat Rabu dan Khamis lalu.

Semalam beliau meninjau keadaan Sungai Kelantan di perkarangan Hotel Rider dekat sini bagi melihat sendiri paras air selepas hujan lebat dua berturut-turut.

Kehadirannya mengejutkan orang ramai yang berada di situ.

"Alhamdulillah apa yang kita dapati nampaknya masih belum ada tanda-tanda berlaku banjir, bahkan air sungai pun nampaknya semakin surut, lagi pun hujan lebat belum berlaku lagi di hulu Kelantan.

"Kita juga berharap banjir tahun ini tidak berlaku banjir dan sekiranya ada tanda-tanda hujan akan turun lebat sama-samalah kita berdoa agar hujan tidak turun di tempat kita," ujarnya ketika ditemui media ketika tinjauan tersebut.

Image Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihati ibu bapa serta penjaga menjaga anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, kanak-kanak yang tidak biasa dengan air akan berasa seronok dengan kedatangan banjir setahun sekali.

"Jadi saya nak cadangkan ibu bapa dan guru supaya mengingatkan mereka terhadap bahaya bermain dengan air bagi mengurangkan mangsa lemas di musim banjir.

"Dahulu anak-anak muda termasuk gadis berpakaian cantik untuk keluar bermain air banjir, macam tu lah tiap-tiap tahun hingga sekarang, banjir masih dianggap satu pesta buat mereka," ujarnya, - mj _

Himpunan Mansuhkan ISA kecoh, 9 ditahan

Harakahdaily
Mon | Nov 24, 08 | 9:09:24 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) -Polis bertindak menghentikan Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

Sejurus kemudian, selepas sidang media di Balai Polis sama, Salahuddin dan Mohamad Sabu dipanggil masuk semula ke balai.

Kempen dan ceramah tersebut tersebut dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, malam tadi Anwar tidak hadir.-Hrkh _

Isu babi: Media harian ketandusan isu

Ramli Yamat
Sun | Nov 23, 08 | 6:38:15 pm MYT

MACHANG, 23 Nov (Hrkh) - Nampaknya media harian benar-benar ketandusan isu untuk memperlekeh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menjadikan cadangan menternak babi di Kedah sebagai polemik.

� Sedangkan keputusan untuk menternak babi dibuat kerajaan Barisan Nasional yang diteruskan kerajaan yang ada sekarang.

Bekas anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Hassan Mohamad berkata, cadangan membuka sebuah ladang menternak babi secara moden di Kedah tidak patut dijadikan isu kerana ia menjadi makanan orang bukan Islam.

Katanya, babi merupakan makanan bagi orang bukan Islam dan tidak ada sebab kerajaan mahu menyekat mereka untuk menternak babi secara lebih terkawal.�

"Lagi pun ia akan diternak secara moden dengan pengurusan yang kemas tanpa melibatkan pecemaran alam sekitar. Islam hanya melarang umat Islam sahaja memakannya tetapi orang bukan Islam�boleh,"� katanya pada ceramah Isu-Isu Semasa di Dewan Majlis Daerah Machang malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan kerajaan negeri terbabit telah meluluskan satu kawasan kepada sebuah syarikat swasta �untuk dijadikan ladang menternak babi secara moden.

Menurut Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Machang langkah itu diambil kerajaan Kedah bagi memusatkan ladang perternakan di satu kawasan sahaja berbanding sekarang berselerak.

"Ekoran pengumuman tersebut, media arus perdana telah memperbesarkan isu berkenaan dengan�tujuan untuk memburukkan kerajaan Kedah yang dipimpin PAS," ujarnya.

Oleh itu kata beliau langkah kerajaan Kedah sepatutnya disokong kerana ia dapat menempatkan penternakan babi di satu tempat sahaja dan dikendalikan tanpa melibatkan percemaran alam sekitar.

Turut hadir di majlis itu anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Senator Mumtaz Mohd Nawi. - mj � _

Wednesday, November 19, 2008

BPR perlu segera siasat, peruntukan RM38 juta 'hilang'?

Intan Abdullah
Wed | Nov 19, 08 | 7:42:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar menyiasat peruntukan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan oleh kerajaan pusat berjumlah RM38 juta.

Beliau memberitahu Harakahdaily bahawa terdapat makluman oleh pihak tertentu bahawa hanya 1.6 peratus sahaja daripada keseluruhan peruntukan untuk PBT tersebut diguna berpandukan perancangan yang telah ditetapkan.

"Jadi, ke manakah pergi wang peruntukan yang selebihnya? Pihak BPR perlu menyiasat kedudukan wang tersebut kerana dibimbangi ianya disalahgunakan pihak JPPP seperti menggunakannya bagi tujuan kempen pilihan raya umum Umno Kelantan," katanya ketika ditemui di lobi parlimen abru-baru ini.

Beliau turut dimaklumkan bahawa peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat ke Kelantan hanya diberikan untuk kawasan Parlimen Jeli dan Gua Musang sahaja.

"Bahkan saya diberitahu sendiri oleh pegawai JPP bahawa setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed.

"Diskriminasi ini telah berlaku sejak PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan dan ianya masih diteruskan dalam suasana katanya Umno ingin merubah sikap dan layanan mereka kepada Kelantan," tegasnya.

Dalam pada itu, isu diskriminasi bangkit lagi pada sesi pengggulungan perbahasan sidang parlimen pada 17 November lalu.

Situasi tersebut berlaku ketika ucapan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib - menyentuh isu pembinaan dan pemulihan jalan-jalan rosak di kawasan luar bandar.

Soalan tambahan mula dibuka kepada Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) mengenai pemantauan projek-projek yang dilaksanakan di sesuatu kawasan memandangkan sebarang projek yang hendak dilaksanakan perlu mendapatkan kelulusan daripada pemimpin Umno-BN di sesuatu kawasan khususnya di Kelantan.

"Malah kami sebagai ahli-ahli parlimen pun tidak diberi maklumat mengenai projek tersebut apatah lagi untuk mendapat peruntukan bagi projek untuk rakyat," tegasnya.

Turut membangkitkan isu yang sama, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) memohon penjelasan mengenai kesediaan menghapuskan amalan diskriminasi kerajaan pusat terhadap negeri-negeri pakatan Rakyat.

"Sudikah kerajaan menghapuskan diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dan sekaligus menghapuskan JKKP kerana ianya sudah tidak diperlukan lagi?" soalnya, namun ianya tidak mendapat sebarang jawapan menteri. - mks. _

Tuesday, November 18, 2008

Rasuah tertinggi, boikot sahaja pemilihan Umno Mac ini - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyeru ahli dan perwakilan Umno memboikot pemilihan jawatan parti itu Mac ini berikutan barah rasuah yang berlaku dalam pencalonan.

Mahfuz yang ditemui di Parlimen semalam menyatakan, beliau terkejut dengan pendedahan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob bahawa lebih 900 aduan kes rasuah diterima setakat ini.

"Ini senario paling parah dalam sejarah Umno, ini yang dilaporkan yang tidak dilaporkan kita tidak tahun berapa banyak lagi, dan ia mungkin melibatkan jutaan wang," katanya ketika mengulas isu rasuah dalam pemilihan Umno yang kini semakin mendapat perhatian media.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga melahirkan kebimbangan dengan senario rasuah yang membarah dalam Umno ini kerana pemimpin yang bakal dipilih adalah kalangan mereka yang menang dengan rasuah.

"Rasuah ini boleh jadi dengan sogokan wang atau janji-janji kuasa atau projek oleh seseorang wakil kepada calon. Dalam Umno hal ini secara terang kini didedahkan pelbagai lapisan pemimpin parti," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan berlakunya politik wang dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno, Mahfuz merasakan adanya permainan kepimpinan atasan Umno.

Beliau mendakwa kemungkinan Najib dan Abdullah terpaksa meletakkan calon yang boleh dipercayai iaitu Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib berikutan ketidakpercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin sangat dikenali sebagai orang kuat Abdullah, namun selepas mengkritik keras kepimpinan Abdullah dan menggesa peralihan kuasa disegerakan, akhirnya Muhyiddin kini bukan menjadi pilihan kepada dua pemimpin utama Umno masa kini, katanya.

Walaupun Muhyiddin mendapat pencalonan tertinggi bagi Timbalan Presiden, namun Najib sendiri pastinya merasai kehadiran Naib Presiden Umno itu sebagai orang nombor dua Mac ini, akan memberi tekanan kepadanya, kata Mahfuz.

BERITA PENUH

Thursday, November 13, 2008

P. Pinang aktif tarik pelabur

PULAU PINANG, 13 Nov (Hrkh) - Pulau Pinang merupakan negeri kedua paling aktif mencari pelabur selepas Selangor, kata Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin.

Ujarnya, kejayaan negeri ini menarik pelabur memang telah diduga kerana kecekapan pemimpin Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) yang asyik menghabiskan wang yang pada asalnya untuk pembangunan rakyat.

"Kerajaan tidak berhenti mencari pelabur setelah diamanahkan oleh rakyat yang mahu melihat tindakan drastik kerajaan baru.

"Kini kita telah mula gerakan setelah berjaya melalui saat-saat getir di awal pengambilalihan kuasa," tegasnya ketika berucap sempena program tauliah perlantian JKKK Seberang Perai Tengah (SPT) di Pejabat Jabatan Kerjaraya, SPT semalam.

Pada tahun depan satu lagi syarikat besar daripada Korea akan menanam pelaburan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang setelah mendapat maklumat sebenar berkaitan Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan rakyat, katanya.

Katanya lagi, sebenarnya banyak pelabur ingin mengadakan hubungan dua hala dengan Pulau Pinang tetapi setelah berlaku tarik balik beberapa projek mega yang bakal dilaksanakan di sini oleh Kerajaan BN maka kebanyakan pelabur angkat kaki dan ada antaranya tunggu dan lihat.

"Tetapi kini bila kita pergi sendiri ke Korea baru-baru ini dan berbincang dengan syarikat Samsung akhirnya mereka dapat menerima semula untuk melabur di sini," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

Berkaitan kemelut ekonomi sekarang, Mohamad Fairus yang juga Exco Usahawan menasihati rakyat negeri ini agar berhati-hati apabila berbelanja.

MAKLUMAT LANJUT

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet

IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi.

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. - mns_

MAKLUMAT LANJUT

Pulau Pinang : Tidak boleh guna tiket kelas pertama, hotel mewah

BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan.

Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah.

Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

Sebelum arahan dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Langkah yang diambil beliau ini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat.

Guan Eng baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak pernah rasa terganggu atau tidak selesa sewaktu menjalankan tugas di luar kawasan walaupun menaiki penerbangan kelas ekonomi dan menginap di hotel sederhana.

MAKLUMAT LANJUT

Warkah untuk insan bakal bergelar haji

Warkah ini kutitipkan untuk bakal jemaah haji dan pengendali urusan haji, Tabung Haji. Mulai akhir bulan lalu, jemaah haji berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat-peringkat. Berdasarkan kuota diberikan kerajaan Arab Saudi (hanya satu peratus daripada penduduk sesebuah negara dibenarkan menunaikan haji), dianggarkan 26,000 jemaah Malaysia akan berangkat ke Tanah Suci.

Bagaimanapun, berdasarkan jumlah penerbangan, dianggarkan ada 40,000 jemaah haji Malaysia di Tanah Suci. Jumlah ini bukanlah kecil dan jika seseorang jemaah membayar RM10,000 untuk menunaikan haji, keseluruhan kos adalah RM400 juta.

Jumlah RM10,000 yang dikumpulkan oleh seseorang jemaah untuk membolehkan beliau menunaikan rukun Islam kelima itu bukannya kecil dan mudah diperolehi. Ada yang bersusah payah menabung sejak kecil dan ada pula yang berdikit-dikit menabung, mungkin RM5, RM10 atau RM20 setiap kali berurusan dengan pejabat Tabung Haji.

Kepercayaan dan keyakinan jemaah kepada Tabung Haji amat tinggi. Setelah bertahun-tahun malah mungkin berpuluh tahun memberi kepercayaan kepada Tabung Haji untuk membolehkan mereka menggenapkan simpanan sebanyak RM10,000, adalah wajar untuk Tabung Haji membalasnya dengan memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada jemaah.

Bermula daripada kursus haji sehinggalah jemaah selamat kembali ke tanah air, kebanyakan jemaah menggantungkan harapan kepada Tabung Haji. Selama ini pun, kita percaya Tabung Haji berjaya memberikan layanan terbaik, tetapi insya-Allah ia boleh dipertingkatkan lagi.

MAKLUMAT LANJUT

Wednesday, October 8, 2008

Majlis Ulama tidak sesuai diwujud dalam Umno - Nik Aziz

KOTA BHARU, 8 Okt (Hrkh) - Umno tidak sesuai mewujudkan majlis ulama seperti disarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdin memandangkan parti itu memisahkan agama dalam perjuangan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, majlis ulama hanya sesuai dengan gerakan Islam seperti PAS kerana sejak awal lagi konsisten memperjuangkan Islam.

"PAS sejak awal-awal lagi meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan, maka ulama berperanan penting dalam perjuangan PAS," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, hari ini.

Mufti Perlis hari ini dilapor mencadangkan penubuhan Majlis Ulama dalam Umno untuk memastikan ahli-ahli parti tidak lari dari roh Islam dan menerima kuasa dengan penuh tanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS merujuk kepada Dewan Ulamak dalam setiap gerak kerja sedangkan perkara itu tidak berlaku dalam Umno.

Selain itu PAS juga mempunyai Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS yang memutus hala tuju gerakan Islam tersebut.

Dalam perkembangan lain beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan pada Ramadan lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, October 7, 2008

Ku Li cadangkan kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Sambil mempertegaskan lagi komitmennya untuk menawarkan diri sebagai Presiden Umno berikutan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) meneroka kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan atau 'unity government' itu dicadangkannya untuk membolehkan negara keluar dari ketidaktentuan politik dan ekonomi yang dihadapinya kini, lapor The Star hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau telah mengemukakan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR baru-baru ini.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu".

MAKLUMAT LANJUT

Monday, September 22, 2008

Raja Petra di hantar ke Kamunting hari ini

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting hari ini untuk memulakan penahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahanan tanpa bicara Raja Petra malam tadi.Malaysiakini melaporkan peguam Raja Petra mengesahkan perkara tersebut setelah mendapat makluman daripada pihak polis pagi tadi.

Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.

Pada 6 September lalu, Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor Malaysia Today itu mungkin ditahan dibawah ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari.Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. - mr_

Wednesday, September 17, 2008

Abdullah serah kuasa, Najib kini Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) -Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bernama melaporkan,Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib. - mks._

Sunday, September 14, 2008

ISA: Zaid Ibrahim sedia letak jawatan

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) -Dalam perkembangan yang dilihat sebagai menarik dan jarang berlaku, beberapa anggota Kabinet menyuarakan pandangan peribadi dan parti masing-masing supaya kerajaan mengkaji semula penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap orang awam.

Mstar online melaporkan, antara mereka yang memberi pandangan sedemikian ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim yang berpendapat ISA tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

"Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam," kata beliau kepada wartawan di Kota Baharu, Kelantan semalam.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawui untuk mengadakan perbincangan terus terang bagi mendapatkan pandangan beliau dalam isu ini secepat yang mungkin," jelas beliau.
MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, September 9, 2008

Kes Anwar ditangguh 24 September

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Malaysiakini melaporkan, apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1988.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.

Hakim Komathy kemudian menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.

BERITA PENUH

16 September - Sukar BN untuk gagalkan - Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) -Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini.

Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini.
BERITA LANJUT

Sunday, September 7, 2008

Demo: Zulkifli terima surat tunjuk sebab

PETALING JAYA, 8 Sept (Hrkh) - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam dilaporkan menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana mengetuai demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

"Hari ini KeADILan memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam," kata beliau dalam blognya hari ini.

Zulkifli berkata, surat tersebut menyatakan kesalahan yang didakwa dilakukannya adalah menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" anjuran Majlis Peguam.

"Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.

"Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 September.

"Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi di sisi Ilahi," katanya.

Kata Zulkifli lagi, beliau akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dijadualkan Selasa ini.

Sementara itu ketika dihubungi mStar Online, Zulkifli mengesahkan, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab berkenaan.

"Ya, memang betul saya sudah terima surat tersebut di pejabat saya di Kuala Lumpur," katanya.

Jelasnya, Selasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin KeADILan itu mungkin terpaksa ditunda kerana beliau mengendalikan kes di mahkamah.

"Saya mungkin akan meminta tarikh tersebut ditunda ke 15 September ini kerana minggu depan saya ada kes untuk dikendalikan di mahkamah," katanya yang ketika ini berada di kawasan Parlimennya. - mks

sumber

Friday, September 5, 2008

Menjelang 16 September: Ahli Parlimen BN-BBC ke luar negara?

Harakahdaily
Fri | Sep 05, 08 | 7:46:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) -Ketika ramai mula mempersoalkan sama ada sasaran 16 September Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan ataupun tinggal omong-omong
kosong, perikatan pembangkang itu menegaskan, pelan mereka masih utuh dan
akan menjadi kenyataan "dalam waktu ini."

Mstar Online melaporkan, pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi dengan yakin
berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga
minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang
pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan
rasmi susulan.

MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, September 2, 2008

43 MP Barisan Nasional sertai Pakatan Rakyat?

KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.

Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi �omong-omong� kosong dan bakal menjadi kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.

Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato� Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.

"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato� Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.

"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi.
maklumat lanjut

Monday, September 1, 2008

Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_

Thursday, August 28, 2008

Sertai Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam.

Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.

"Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan," katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.

Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan," katanya. - mks._

Wednesday, August 27, 2008

Anwar selesai angkat sumpah sebagai ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10.03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mstar melaorkan, selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatangani surat akujanji.

Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Dato' Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut sama mengiringi beliau adalah, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Ketika ini Anwar sedang mengadakan sidang media. - mks. _

Tuesday, August 26, 2008

Anwar Ibrahim menang besar, majoriti lebih 15,000

TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

7.30 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).

Manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Wartawan Mohd Sabri Said dan jurugambar Mohd Nasir Sudin yang tiba kira-kira jam 7.30 pagi tadi melaporkan pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.

Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam dan beliau serta pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.

"Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, 'banner' dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali," katanya.

ImageMenurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

"Proses pengundi setakat ini berjalan lancar, kelihatan ramai pengundi sudah tiba di pusat pengundian untuk mengundi," ujarnya.

Harakahdaily difahamkan, menjelang hari pengundian terdapat beberapa keraguan timbul khususnya pada buku daftar undi, antaranya 710 nama pengundi Permatang Pauh pada tahun 2004 didapati hilang.

Khusus di Dun Seberang Jaya, jentera Pilihan Raya KeADILan dan PAS mendapati terdapat sehingga 80 nama didaftarkan dalam sebuah rumah pengundi.

"Selain dari 80 nama dalam sebuah rumah, ada banyak lagi 20 nama, 10 nama dalam sebuah rumah, jumlah ini tidak ada dalam PRU 8 Mac lepas.

"Yang hairannya keraguan ini berpusat di kawasan kubu kuat BN," kata seorang petugas bilik gerakan Pakatan Rakyat.

8.55 pagi:Suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Penanti semakin hangat dengan gelagat orang ramai yang masih menunggu kehadiran Anwar Ibrahim yang dijangka akan membuang undi di pusat pembuangan undi tersebut pada pukul 10.00 pagi nanti.

ImageKira-kira 100 meter dari pusat pembuangan undi tersebut penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sedang berkumpul.

Wartawan Intan Abdullah dan Nuha Rahim melaporkan jalan raya menuju ke pusat pengundian itu juga sesak sejak pukul 8.00 pagi lagi.

Kira-kira 100 anggota polis mengawal keadaan di tempat tersebut disamping kelihatan juga anggota FRU serta helikopter yang membuat tinjauan.

Kebetulan pusat pengudian tersebut terletak bersebelahan dengan IPD Kubang Seman.

9.30 pagi: Setakat ini keadaan masih lagi terkawal biarpun penyokong kedua pihak memenuhi kawasan tersebut terutama di bangsal panas yang terletak berhampiran dengan tempat mengundi.

Kereta-kereta yang membawa pengundi-pengundi kelihatan sibuk berulang alik membawa pengundi ke sekolah tersebut.

Suasana di Lebuh raya Butterworth Kulim expressway juga dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti.

Image10.05 pagi: Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.

Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.

Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya.

10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.

Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, Imagekatanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.

Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.

Anwar menegaskan, BN sepatutnya sedar dan bangun dari realiti.

Katanya, undi kali ini merupakan undi penentu untuk perubahan dan bukannya untuk menang sebagaimana undi biasa.

Selain itu , katanya masih terlalu awal untuk menjangkakan mengenai jumlah majoriti yang akan diperolehi.

Namun beliau bersyukur dengan sokongan rakyat.

Apa yg penting katanya, semua pihak patut memberi ruang kepada pengundi.

Dalam pada itu katanya, sama ada akan wujud pengundi hantu, beliau menyerahkan kepada skuad gempur pengundi hantu yang dilancarkan oleh AMK semalam.

Image12.10 tengahari: Seperti diramalkan hujan mula turun di sekitar kawasan pengundian.

12.45 tengahari: Sehingga berita ini di tulis, BN nampak hambar berbanding sokongan dari Pakatan Rakyat.

Di setiap tempat pusat pengundian petugas BN kebanyakan tidak lantang bahkan ramai yang duduk di kerusi di bawah bangsal panas atau berdiri di bawah rimbunan pokok tepi jalan ataupun sekadar berpacak memegang bendera yang tidak bergoyang.

Kaum ibu dilihat lebih suka berborak sesama sendiri bercakap bukan fasal pilihan raya jika di tafsirkan dari raut wajah dan memek mulut yang berkata-kata.

Yang tinggal hanyalah golongan muda yang diimpot itupun beberapa kerat sahaja yang lain berpeluk tubuh seolah menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba. Image

Keadaan sekarang makin panas di mana sepanjang tinjauan yang sempat dilalui mendapati kedua-dua parti rancak berkempen di kiri kanan jalan mencari pengaruh masing-masing.

12.50 tengahari: Beberapa pemerhati melaporkan bahawa wujud ketegangan di pusat pengundian SMK Penanti antara penyokong BN dan KeADILan kerana pondok panas BN dikatakan terlalu hampir dengan pusat pengundian.

Walaupun suasana agak terkawal namun penyokong masing-masing melaung sesama mereka dengan dikawal oleh pihak polis.

12.55 tengahari: Wartawan Intan Abdullah yang sekarang berada di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai melaporkan berdasarkan pemerhatian setakat ini pengundi saluran satu dan empat belum keluar mengundi.

Keadaan cuaca juga mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Di dapati juga terlalu sedikit bendera dan poster BN yang dipasang berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

ImagePada masa yang sama suasana seolah-olah satu pesta dengan pelbagai gelagat penyokong-penyokong keADILan.

Termasuk si penjual ikan tanpa segan silu memacak bendera di belakang motosikalnya.

Gelagat empat orang anak muda yang mengusung replika pengusung jenazah sambil melaungkan 'kuburkan BN ' menarik perhatian ramai.

1.00 petang: Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor berkata sejumlah 44.8 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga tengahari tadi.

1.15 petang:Terdapat lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.20 petang: Beberapa jalan raya di sekitar kawasan pengundian di Permatang Pauh didapati sesak teruk dan di luar kawalan.

1.32 petang: Hujan telah mula berhenti di beberapa kawasan dan beberapa jalan raya di Permatang Pauh pulih dari kesesakan.

2.00 petang:Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 48.44 peratus.

2.20 petang: Jurucakap Mafrel, Ong BK berkata, pihaknya telah mengesan tiga nama yang hilang daripada senarai pengundian pagi tadi.

Katanya, mereka yang tidak dapat mengundi ini telah mengundi dalam pilihan raya yang lalu tetapi tidak dapat mengesan nama mereka dalam senarai pagi tadi.

2.35 petang: Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mahu semua penyokong parti menggunakan motorsikal untuk pergi ke pusat pengundian kerana kesesakan yang teruk hampir semua jalan di Permatang Pauh.

"Daripada beberapa petunjuk kami yakin Anwar akan menang,"katanya.

3.25 petang: Tiga buah bas dijumpai di Lebuh Raya Butterworth-Kulim disusur keluar Penanti.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.

Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.

Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan.

Sementara itu, dua buah bas yang tertulis bas persiaran Tong Services dan Star700 Travel yang ditahan oleh skuad gempur pengundi hantu di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan memuatkan 30 dan 20 orang penumpang. Kesemua mereka tidak sempat dibawa ke tempat pengundian.

Pihak polis yang berada di IPTB memberi jaminan mereka akan dibawa ke Balai Polis. Bagaimanapun polis mengatakan mereka bukan pengundi hantu tetapi penyokong dari Melaka. Semua mereka sedang berkumpul di Plaza Tol Kubang Semang.

3.40 petang:Peratus keluar mengundi baru mencecah 60 peratus pukul 3.40 petang tadi.

Keadaan di pintu masuk di setiap pusat mengundi lengang berbanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu di mana ramai orang berpusu-pusu datang seakan-akan tidak sabar menjatuhkan BN yang terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan dan petroleum berlipat ganda.

Krew Harakahdaily yang mengadakan tinjauan terasa kemungkinan pengundi muda terpaksa kerja di hari ini kerana gandaan gaji kepada sesiapa yang nginkan pendapatan lumayan.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengistiharkan cuti umum tetapi pihak majikan pekerja industri tidak menghiraukannya sepertimana kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak cuti di hari sepatutnya bekerja satu kerugian.

Suasana muram jelas kelihatan termasuk kawasan yang dianggap panas dalam pilihanraya umum lalu. Boleh dikatakan, orang yang memberi sokongan lebih ramai daripada pengundi sebenar.

Jika nampak ramai pun ialah di Taman Guar Perahu dan Sekolah Menengah Guar Perahu di Penanti.

Di Dun Permatang Pasir keadaan amat getir terutamanya di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Permatang Pasir sehinggakan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah di situ memerhati jika sekiranya sesuatu perkata yang tidak diingini terjadi.

Namun, kedatangan pengundi masih tidak menggalakkan. Saluran satu dan dua kedatangan agak membanggakan tetapi saluran tiga dan empat iaitu saluran yang memenangkan Pakatan Rakyat masih kurang menyengat.

Apa pun masih ada masa untuk rakyat melunaskan kewajipan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Buatlah perubahan demi masa depan yang cemerlang bukan mengharapkan pembangunan yang tidak seimbang.

3.45 petang: Di IPD Seberang Jaya, berlaku kekecohan apabila Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun Supretendan Batumalai akhirnya membenarkan Gobalakrishnan masuk.

Terdapat lebih 50 penyokong berada di kawasan balai polis. Mereka ditenangkan oleh Gobalakrishnan supaya tidak termakan dengan provokasi polis yang berpakaian preman kira-kira 10 orang.

3.50 petang: Empat buah trak Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) tiba berhampiran balai polis. Helikopter juga kelihatan berlegar-legar agak rendah. Dua buah bas lagi kelihatan. Peguam Johnson Chong tiba dan cuba menyelesaikan isu tersebut.

4.00 petang: Sementara itu di Mengkuang Titi juga dilaporkan beberapa pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh penyokong Pakatan Rakyat.

4.05 petang: Manakala dua buah bas FRU tiba di IPD. Kawasan di sekitar IPD semakin dipenuhi penyokong KeADILan. Mereka ditenteramkan oleh salah seorang AJK jentera pilihan raya dan semua petugas diminta menjaga peti undi masing-masing.

4.20 petang: SPR mengumumkan masa mengundi ditambah kepada satu hingga dua jam.

4.35 petang: Gobalakrishnan kini dibenarkan membuat laporan polis berkenaan pengundi hantu.

4.40 petang: SPR sebentar tadi menafikan khabar angin bahawa masa mengundi akan dilanjutkan.

5 petang: Masa mengundi telah tamat dan pusat pengundian telah ditutup.

5.10 petang: Pegawai SPR akan membuat kiraan kertas undi di pusat-pusat pengundian. Jumlah kiraan terakhir di 25 pusat pengundian akan dibawa ke Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk diumumkan keputusannya.

7.00 malam: Gobalakrishnan masih lagi di IPD Seberang Jaya bersama 5 buah bas yang membawa pengundi hantu.

Dikatakan dua buah bas yang ditemui telah kosong manakala baki tiga buah masih berpenumpang.

7.20 malam: Anwar dikatakan sedang mendahului berbanding pencabarnya yang lain.

Setakat 7 petang tadi, kira-kira 40 peratus undian telah dikira.

Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.

7.30 malam:Beribu-beribu penyokong Pakatan Rakyat kelihatan berpusu-pusu ke arah dewan Maktab Perguruan Tengku Bainun untuk mengetahui keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kenderaan para pengunjung kelihatan diletakkan sejauh lima kilometer di sepanjang bahu jalan ke maktab tersebut.

7.55 malam: Anwar dikatakan menang di semua pusat mengundi setelah selesai kiraan dibuat di pusat-pusat berkenaan.

8.00 malam: Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut.

8.20 malam: Anwar dijangkakan mendapat kemenangan besar dengan majoriti melebihi penyandang lalu, Dato' Seri Dr Wan Azizah iaitu lebih 15,000 undi.

8.35 malam:Setakat pukul 8.30 malam, Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Dato' Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.

Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan. Setakat ini kira-kira 70 peratus undian telah dikira.

Keputusan peringkat KeADilan ini diumumkan oleh Naib Presidennya, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR, di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.

Setakat ini keputusan hampur 20 daerah sudah diketahui dan Anwar menang hampir kesemua daerah itu.

8.40 malam:Keputusan tidak rasmi daripada KeADILan yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

9.50 malam:Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. - mr/mks. _