Tuesday, February 24, 2009

Guna nasihat peguam London bukti Umno sangat terdesak - Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Umno Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar bagi mempertahankan kerajaan Perak yang baru sahaja dilantik melalui rampasan kuasa oleh BN.

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata parti itu kini sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun melompat parti sehingga memaksa mereka menggunakan khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara.

"Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan," katanya kepada Harakah.
Ujarnya, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Hanipa menjelaskan bahawa peguam Nizar menyangkal tuduhan bahwa hakim yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad Ariff Md Yusof dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mod Said kerana pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

"Bagaimanapun, bagi pihak Dato' Seri Nizar kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujarnya.

Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.

"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata.
"Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegasnya lagi. - azm_

Ibrahim Ali sedia timbang sertai semula Umno

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia menimbang pelawaan untuk menyertai semula Umno dengan syarat parti itu bersedia menerima kelantangannya.

Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya.

Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini.

Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis terhadap cadangan supaya Ibrahim dibenarkan menyertai semula parti itu.

Menurut Ahmad Zahid, beliau mengharapkan akan ada lagi orang seperti Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu menyertai Umno semula.

"Kalau ada ramai yang nak masuk lagi bagus, sekurang-kurangnya Umno ada majoriti dua pertiga di Parlimen nanti," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga bersetuju dengan cadangan itu dan berharap Ibrahim menimbang tawaran itu dengan sebaik-baiknya._

Monday, February 23, 2009

Polis ambil keterangan Speaker Perak

IPOH, 24 Feb (Hrkh) - Pihak polis telah mengambil keterangan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Sepasukan polis yang terdiri daripada tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak telah mengambil keterangan dari V Sivakumar.

Pasukan polis tersebut diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan dari V. Sivakumar di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang.

Hadir sama di pejabat guaman itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong Sivasubramaniam , Adun Canning Wong Kah Woh, Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, dan Adun Pokok Assam Yee Seu Kai.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.
Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan.

"Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis berkenaan bahawa saya bersedia menemui beliau pada 23 Februari untuk kenyataan saya direkodkan," katanya. Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis dalam proses tersebut.

"Dengan bertemu pegawai polis berkenaan hari ini untuk merekodkan kenyataan saya, saya telah memberikan sepenuh kerjasama sehingga ke tahap kerjasama saya itu tidak melanggari atau menyalahi apa-apa peruntukan undang-undang di negara ini," katanya. - mns_

Sunday, February 22, 2009

Karpal gesa undang-undang tegas ceroboh peribadi

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel AhliDewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Katanya, hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-mana orang.
"Denda itu tidak pernah dinaikkan meskipun selepas hampir 54 tahun Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil ini termaktub. Ini amat menghairankan," katanya dalam satu kenyataan, lapor BernamaPada awalnya, kata beliau akta itu yang tidak memperuntukkan sebarang hukuman tahanan, tetapi denda tidak melebihi 100 dollar, namun pada tahun 1955, wang sebanyak 100 dollar adalah satu jumlah besar, itu sebabnya ia ditukar kepada RM100.
"Jabatan Peguam Negara seharusnya bertindak segera bukan sahaja memperuntukkan denda lebih besar tetapi juga hukuman tahanan yang lebih berat mengikut Seksyen 14 akta itu," katanya.Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata Jabatan Peguam Negara perlu melihat kepada apa yang beliau sifatkan sebagai "sepenuhnya tidak memadai dan ketinggalan zaman" peruntukan denda yang tidak melebihi RM100 dalam Seksyen 430 Kanun Prosedur Jenayah.
Beliau memberikan satu contoh kes mahkamah Singapura pada 2000 yang menyaksikan tertuduh dihukum penjara dua bulan kerana menceroboh hak peribadi seorang wanita menggunakan alat kamera video.

Umno penakut, kata Mohd Nizar

Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut."Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.
"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik."Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan."Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa.
Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya. Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya."Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa."Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.
Keluar rumah rasmi
Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.
Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.
Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.

Wednesday, February 18, 2009

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
Dipanggil beri keteranganTurut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin ChewDaily.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Tuesday, February 17, 2009

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.Nizar tiba kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.Nizar memfail saman tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak, selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti, termasuk seorang daripadanya, Datuk Nasaruddin Hashim (Adun Bota) kembali ke pangkuan Umno.

Manakala dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang) dan Mohd Othman Jailu (PKR Changkat Jering) - keluar PKR dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong pula keluar DAP.
Ketiga-tiga mereka menjadi Adun bebas dan menyokong BN.
Dengan sokongan mereka itu, BN mendapat sokongan 31 daripada 59 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mengarahkan Nizar meletak jawatan dan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, mengangkat sumpah.Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan bertegas bahawa beliau masih menteri besar yang sah.Dr Zambry diwakili Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Md Shahid. Manakala peguam kanan persekutuan, See Mee Chun mewakili Jabatan Peguam Ngara dan Hafarizam Harun menjadi peguam pemerhati bagi pihak BN.

Friday, February 13, 2009

Nizar fail saman mohon injunksi halang Zambry jalan tugas MB

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman terhadap Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.
Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Turut hadir bersama beliau ialah, para peguam antaranya Hanipa Maiden; Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Ngeh Koo Ham; Nga Kor Ming; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali, Ir Khalid Samad (MP Shah Alam); Dato' Kamarul Baharin Abbas (MP Telok Kemang); Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi) dan Ahli MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin selain 200 penyokong.

Bercakap lanjut pada sidang media selepas memfailkan saman pada jam 11.30 pagi tadi, Nizar menegaskan beliau dan ahli Exco memfailkan saman untuk menuntut hak mereka selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Perak pada pilihan raya umum lalu secara sah.
"Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.

Perintah deklerasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, katanya.
Pertamanya beliau menuntut atas sebab dan dalam keadaan keadaan pertamanya beliau selaku MB Perak ingin dan telah memberi naishat kepada Sultan untuk pembubaran Dun Perak.
Keduanya kata beliau tidak terdapat pembubaran Dun Perak sehingga kini, dan ketiga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan terima pakai dalam atau oleh Dun Perak, terhadap MB Perak (Nizar).

Seterusnya, keempat tidak terdapat perletakan jawatan MB samada oleh atau telah dikosongkan sehingga kini, katanya.
Justeru writ dikeluarkan kepada responden (Dr Zambry Kadir) memerintahkan responden untuk meminta responden menunjukkan sebab bagaimana di bawah dasar dan di dasar atau kuasa mana responden berhak pegang jawatan MB perak.
Selain responden kononnya bertindak atau menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab fungsi MB, katanya.

"Yang keempat responden tidak berhak atau untuk menjawat MB pada bila-bila masa yang material, dan yang kelima perintah injunksi untuk halang responden, agen-agen responden atau pengkhidmmat responden dari bertindak atau jalankan tugas-tugas MB Perak," katanya.
Makan kata Nizar. beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

"Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya.
Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.
Selesai mengadakan sidang akhbar itu, Nizar bersalaman dengan para penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bagi memberikan sokongan kepada beliau.

Nizar meninggalkan perkarangan mahkamah dengan sempat melambai tangan kepada penyokong sambil melaungkan 'takbir, reformasi dan makkal sakhti' kepada penyokong.
Harakahdaily difahamkan bahawa Nizar akan menyertai solat jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari ini./wann._

Wednesday, February 4, 2009

Perak: Ku Li kutuk pemimpin Umno

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.

"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.
Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.
Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.
"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.
Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.
KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.
"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi. ,P. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. - MKS._

isu hangat -perhimpunan kerajaan pakatan rakyat

isu hangat-kerajaan pekatan rakyat tumbang di perak...

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuesday, February 3, 2009

Umno amal agenda beli Adun sejak 1961

JERTEH, 4 Feb (Hrkh) - Isu yang berlaku di Perak sekarang bukan lagi perkara baru, sebaliknya merupakan kerja jahat yang diwarisi Umno sejak tahun 1961.

Peristiwa itu berlaku di Terengganu, di mana kerajaan PAS yang diketuai Allahyarham Daud Samad tumbang melalui undi tidak percaya dibawa Perikatan.
Sebelum itu PAS menubuh kerajaan di Terengganu melalui pilihan raya umum pertama pada 1959 dengan memenangi 13 dari 24 kerusi Dun, namun Perikatan membeli empat wakil rakyat PAS dengan pelbagai tawaran.

Perikatan pula memenangi tujuh kerusi dan empat kerusi dimenangi Parti Negara.
Dan akhirnya kerajaan negeri di bawah PAS tumbang melalui undi tidak percaya.
Manakala di Kelantan seramai lima wakil rakyat PAS dikurung selama sebulan pada 1968 bertujuan meruntuhkan kerajaan PAS, namun gagal.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang kini dikenali Mawe berkata, tindakan Umno 'menculik' dua Adun di Perak daripada �Parti Keadilan Rakyat KeADILan merupakan episod lama yang berulang.

Beliau berkata, tindakan mengurung� dua Adun Pakatan Rakyat�di Pekan, Pahang selama empat baru-baru ini membuktikan realiti jahat yang diwarisi Umno.
Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, mereka berbuat demkian bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tanpa melalui demokrasi dengan membeli Adun Pakatan Rakyat.

"PAS mempunyai pengalaman dalam hal pembelian wakil rakyat yang berlaku hampir 50 tahun lalu," katanya pada ceramah di Kampung Padang Luas Dalam dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menghilangkan diri beberapa hari dan difahamkan dikurung pemimpin Umno di Pahang.
"Semasa saya �berceramah di Perak bersama Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin beberapa hari lalu, saya menasihatnya bersabar di atas kejadian yang berlaku di Perak sekarang.

"Ini kerana kerja jahat seperti itu sudah diwarisi Umno sejak hampir 50 tahun lalu," ujarnya.
Anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir Terengganu memandangkan rakyat sekarang mempunyai kesedaran politik yang tinggi.
Menurutnya PAS akan mengulangi kejayaan memerintah negeri itu seperti berlaku pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi 28 daripada 32 kerusi Dun.
Abdul Wahid juga merakam ucapan terima kasih di atas sokongan semua pihak sehingga memberi kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu. �

Turut hadir pada program itu anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Setiausaha PAS Besut, Ustaz Mohd Zaid Yusoff.� - mj _