Monday, April 20, 2009

Kakitangan MPKB-BRI dilindungi insurans

KOTA BHARU, 20 April (Hrkh) - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sentiasa mengambil berat lebih 1,300 kakitangannya dan terbaru mereka diberi perlindungan insurans secara percuma.

Mereka akan mendapat manfaat kematian dan perubatan yang dikendalikan di bawah Takaful Malaysia.

Dan baru-baru ini seramai tujuh kakitangan MPKB-BRI di mana tiga daripadanya yang meninggal dunia menerima pampasan insurans antara RM100 hingga RM26,000 seorang.

Mereka iaitu Allahyarham Che Shukri Abdullah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya menerima pampasan sebanyak RM26,000.Image

Manakala Allahyarham Mohd Asri Idris dan Allahyarham Mohd Noor Jusoh masing-masing mendapat (RM11,000).

Pampasan yang dibayar bergantung kepada jenis kematian iaitu bagi kematian biasa sebanyak RM11,000, manakala kematian akibat kemalangan jalan raya pampasan RM26,000.

Majlis penyampaian cek kepada mangsa dan ahli keluarga penerima dilakukan oleh Yang Dipertua MPKB-BRI, Haji Mohd Faudzi Che Mamat baru-baru ini. - mj _

Saturday, April 11, 2009

Laman Web Muslimat Serdang dilancarkan

BANGI, 11 April (Hrkh) Keperluan semasa yang memerlukan strategi penyebaran dakwah melalui internet sangat penting. Atas dasar inilah satu laman web Dewan Muslimat Pas Kawasan Serdang (DMPKS) bertujuan memberi penerangan mengenai perjuangan Islam.

Menurut Ketuanya, Zuryati Yasin, pendekatan ini adalah dimanifestasikan oleh Harakah Muqawamah Islamiyah (Hamas) yang bukan sahaja melaksanakan jihad bersenjata yang berpunca dari kekejaman yahudi malah menggunakan jihad melalui media terutamanya internet.

"Hamas telah membangunkan sebuah laman web untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai 'al-Fateh' dengan isi kandungan kesukaan kanak-kanak.

"Ia dibangunkan untuk melahirkan lebih ramai generasi pejuang dan penyumbang perjuangan Palestin," katanya dalam Ucapan Dasar Mesyuarat Tahunan DMPKS ke 19 yang diadakan di Kompleks PKNS, dekat sini padi tadi.

ImageMajlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria yang juga merupakan exco Pemuda Pas Negeri Kedah yang turut dihadiri oleh wakil Pas Serdang, Nik Pa Nik Leh; Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mazuwan Johar dan Ustaz Shafie Ngah.

Penerangan melalui media massa katanya, yang menjadi saluran penyebar isu dan fikrah perlu diperkemaskan, dipertingkatkan dan diperluaskan setiap masa.

"Pelancaran laman web ini yang dikendalikan oleh Lajnah Penerangan DMPKS sangat dinanti-nantikan dan diharapkan dapat menjadi sebagai alat sebaran maklumat jemaah.

"Oleh itu, semua pihak bertanggungjawab yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar menyediakan isi kandungan menarik, kreatif dan bersesuaian dengan semua golongan," katanya.

Tambah beliau, Allah mengajar kita supaya menyampaikan risalah dakwah dengan bijaksana, metod yang menarik supaya mesej Islam dapat difahami oleh golongan bukan Islam.

ImageMenurut beliau, pelancaran laman web ini penting kerana komposisi penduduk yang tinggal di Serdang adalah terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya sekali gus mereka dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang Islam.

"Satu kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mendapati 90 peratus orang bukan Islam menyatakan tidak pernah didatangi oleh mana-mana orang Islam untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

"Dewan Muslimat seharusnya merebut peluang ini untuk terus mendampingi sasaran dakwah ini melalui pendekatan yang bijaksana, penuh hikmah, tepat dan istiqamah dengan mempelbagai wasilah untuk menghimpunkan manusia dengan mendorong dan mengingatkan mereka kepada tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini," katanya. - mns_

Thursday, April 9, 2009

28 menteri selesai angkat sumpah

kemaskini 11.26am Upacara mengangkat sumpah memegang jawatan, menyimpan rahsia serta sumpah taat setia para menteri dan timbalan menteri yang diumumkan semalam selamat disempurnakan di Istana Negara.

Seramai 28 menteri dan 40 timbalan masing-masing mengangkat sumpah taat setia dan simpan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong.

najib announce new cabinet lineup 090409 02 Tuanku Mizan Zainal Abidin dilihat masuk ke balairong seri Istana Negara bersama Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah untuk memulakan istiadat penuh protokol ini selepas jam 9.30 pagi.

Sejurus selepas lagu Negaraku dimainkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri dan juga menteri pelajaran yang baru.

Upacara tersebut disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Majlis kemudian diteruskan serentak dengan kumpulan pertama anggota jemaah menteri: Datuk Ong Tee Keat, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Kumpulan kedua pula diikuti: Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Shafie Apdal
dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.

Susunan kumpulan berlima atau berempat menteri ini seperti senarai yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Najib dan isterinya Rosmah Mansor, dua mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di majlis tersebut yang memakan masa selama dua jam. sumber

Hindraf beri masa 100 hari kepada PM

Hindraf, yang mendapat dukungan popular komuniti India, akan menangguhkan sebarang bantahan termasuk demonstrasi dalam tempoh 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Sebagai tanda sangka baik dan harapan akan wujud pembaharuan sebenar dan positif berhubung nasib kaum India di Malaysia, Hindraf tidak akan menganjurkan kegiatan seperti tunjuk perasaan atau menyerahkan memorandum," kata pengerusinya P Waythamoorthy hari ini.

bm lima tahanan hindrafBeliau, yang berada di London sejak penahanan lima tokoh Hindraf bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember 2007, berkata Hindraf benar-benar berharap perdana menteri baru bersedia berbincang dengan pertubuhan haram itu bagi mencari jalan penyelesaian.

Adik penasihat undang-undang NGO itu P Uthayakumar - kini masih meringkuk dalam tahanan di kem Kamunting, Taiping - juga mengalu-alukan barisan jemaah menteri yang mengangkat sumpah hari ini.

Kurang 12 jam selepas mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong pada 3 April lalu, Najib membebaskan dua daripada pemimpin Hindraf daripada kem Kamunting: R Kenghadharan dan V Ganabatirau.

Selain Uthayakumar, setiausaha Hindraf T Vasantha Kumar dan M Manoharan, kini ADUN Kota Alam Shah, masih di kem tahanan tersebut sumber

Wednesday, April 8, 2009

Kemenangan di 2 bukit, isyarat ketuanan BN makin reput

KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput.

Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Begitu juga dengan jumlah majoriti calon Keadilan di Bukit Selambau, S Manikumar meningkat berbanding pilihan raya umum tahun lepas.

Bagaimanapun keputusan pilihan raya kecil di Batang Air sudah dijangka berpihak kepada BN memandangkan kedudukan kawasan itu di pedalaman di mana rakyat sukar mendapat maklumat kedua.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini kerajaan BN sanggup menggunakan apa sahaja termasuk ISA bagi menyekat pihak lawan.

Menurutnya juga biar pun PAS dan Pakatan Rakyat tidak mencanangkan pembangunan dalam kempen, namun rakyat boleh menerima kehadirannya memandangkan mesej keamanan, kesejahteraan dan keadilan yang dibawa.

Beliau juga menyifatkan kemangan Pakatan Rakyat berjaya memulih semula maruah negara pada pandangan negara luar setelah demokrasi dikengkang hebat kerajaan BN. - mj _

Sunday, April 5, 2009

Sokong BN jika 5 pemimpin Hindraf dibebaskan....

Sekiranya tiga lagi pemimpin Hindraf dibebaskan, masyarakat India akan memberikan sokongan penuh kepada BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, dakwa sepupu salah seorang pemimpin Hindraf yang masih ditahan di bawah ISA.

"Hari ini kita dengar perdana menteri akan datang. Kita minta beliau bebaskan tiga lagi pemimpin India.

bm lima tahanan hindrafKalau bebas kita semua orang India akan sokong BN," kata A Latha, sepupu kepada K Vasanthakumar - salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Empat orang lagi pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA ialah P Uthayakumar, M Manoharan, R Kenghadharan dan V Ganabatirau.

Ganabathirau dan Kenghadharan dibebaskan pada jam 1.20 petang ini dan dihantar terus ke kediaman mereka di Shah Alam dan Kelana Jaya, Selangor.

Latha berkata, keputusan itu dimaklumkan kepadanya oleh Vasantha sendiri kepadanya dalam pertemuan ringkas setengah jam di pusat tahanan itu pagi tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita tengah hari tadi, setelah dua hari berturut-turut berkumpul bersama ahli keluarga dan penyokong pemimpin Hindraf teresbut, di depan Kem Tahanan Kamunting bagi menyaksikan pembebasan dua pemimpin organisasi itu.

Mahu jumpa PM

Lima minit selepas Ganabathirau dan Kenghandharan dibebaskan, lapan lagi tahananan - dua daripada Jemaah Islamiah dan enam Darul Islam Sabah dibebaskan.

Sebelum itu, pada 10.45 pagi, tiga tahanan ISA warga asing dibebaskan dan dibawa pergi dalam sebuah van.

Latha juga berkata, Vasanthakumar bersedia berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Ditanya sama ada sepupunya itu dapat memaafkan kerajaan pimpinan BN yang menahannya selama ini,

Latha berkata, perkara itu "boleh dilupakan".

Beliau juga menyatakan hasrat bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyampaikan perkara tersebut.

Bermula awal pagi, kira-kira seratus pemberita, penyokong dan ahli keluarga dua pemimpin Hindraf itu

berkumpul di depan pagar utama kem itu bagi melihat pembebasan mereka.

Mahathir akan ditelan gelombang amarah rakyat

KUALA LUMPUR, 6 April (Hrkh) - Walaupun kemunculan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Umno di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia tidak sedikitpun mampu menyekat gelombang kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub berpendapat dalam usaha meraih sokongan pengundi terutama golongan luar bandar, BN akan mengetengahkan Mahathir sebagai tokoh yang masih diingati oleh rakyat.

"Kehadirannya tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terutama PAS sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi terdapat di kalangan pengundi yang sebelum ini merupakan ahli BN kini telah beralih kepada PAS dan KeADILan.

"Rakyat mula melihat kesan di sebalik pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan sebelum ini. Perubahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak dapat dibendung walaupun terdapat cubaan untuk mengetengahkan Mahathir berkempen di Bukit Gantang," katanya sewaktu dihubungi.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil menegaskan, berdasarkan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini iaitu pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian.

"Walaupun Mahathir memainkan peranan di sebalik Najib, saya yakin kecerdikan rakyat Malaysia terhadap politik yang bersih daripada rasuah merupakan satu gelombang yang telah terbina hari ini.

"Sebab itu kita lihat pada poster-poster BN tertulis 'kami mohon restu rakyat'. Ini menunjukkan sebenarnya mereka mulai akur dengan mood yang ditunjukkan rakyat hari ini,"katanya.

Sehubungan itu katanya, sekiranya terdapat cubaan Najib untuk mengetengahkan Mahathir bagi menarik sokongan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa kesan yang signifikan terhadap rakyat.

Anggota Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir menyatakan bekas Presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA sebelum pemilih mengundi hari ini.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN. - mks._