Tuesday, January 6, 2009

Kerusi BN akan bertukar pada PAS - DAP

KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Hrkh) - Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menjangkakan bahawa akan berlaku pertukaran kerusi daripada BN kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang.

"Saya percaya akan berlaku pertukaran kerusi ibarat 'sky change' kerana dalam tempoh 10 bulan ini, BN telah gagal untuk mendengar mesej daripada rakyat dan tsunami politik pada Mac tahun lalu," ujarnya kepada pemberita pada majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil parlimen Kuala terengganu di Stadium Negeri semalam.

Ditanya mengenai mesej DAP kepada pengundi Kuala Terengganu, bahawa proses pemilihan ahli parlimen ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Mesej yang hendak disampaikan adalah pilihan raya ini adalah untuk kepentingan masa depan bukan sahaja penduduk di Kuala Terengganu sahaja, malah rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.

Beliau juga berpesan kepada pengundi bukan Melayu agar menganggap PRK ini adalah suatu peluang dan akan menjadi sejarah bahawa akan berlaku tsunami politik yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

"Kepada pengundi bukan Melayu, anggaplah ini adalah satu peluang untuk mencipta sejarah kerana akan berlaku tsunami politik yang lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur tersebut optimis bahawa PAS akan berjaya memenangi pilihan raya kecil ini dengan sokongan dan dokongan yang ditunjukkan oleh pakatan Rakyat serta masyarakat setempat khususnya pengundi bukan Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut. - mks. _

Awasi provokasi 'musuh' - Presiden PAS

KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Hrkh) - PAS mengingatkan para petugasnya agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang usaha provokasi 'musuh' yang boleh merugikan parti.

Sebaiknya, sebarang isu terutama berkaitan pengundi hantu diserahkan kepada pemimpin yang tentukan dan usah bertindak sendirian.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian pada Majlis Ceramah Pemimpin Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, rakyat di daerah Kuala Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya kecil ini sedia membuat perubahan ke arah pembentukan kerajaan yang lebih adil.

"Saya bimbang jika ada provokasi oleh pihak tertentu. Isu 'pengundi hantu' biar pemimpin yang tentukan dan usah kita (rakyat) kejar (bertindak) tahan bas tanpa arahan. Bas pelajar pun kejar juga, biar pemimpin yang tentukan itu,"ujarnya.

Beliau mendapat maklumat bahawa tindakan provokasi pihak musuh akan dilakukan bagi memburuk-burukkan parti PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Katanya, rakyat terutama para pengundi perlu berada dalam suasana yang selesa, tenang, aman dan baik sepanjang tempoh kempen ini.

Menurutnya, rakyat perlu memilih calon yang benar-benar layak serta mampu membawa suara rakyat di Parlimen.

"Pilih (undi) calon yang mempunyai kemampuan untuk membawa suara rakyat di Parlimen supaya kita hadapi pilihan raya dengan cara yang tenang, dengan cara yang aman dan baik.

"Saya melihat rakyat di Kuala Terengganu ini bersedia untuk membuat perubahan sebagaimana yang berlaku di pantai barat.

"Saya dengar cerita akan berlaku provokasi, pakai lambang bulan, pakai kopiah macam kita (PAS) tetapi bertindak di luar kawalan dan arahan pemimpin,"ujarnya.

Katanya, rakyat tidak boleh hidup dengan baik, aman dan selamat selagi negara mempunyai pemimpin parti yang rasuah.

Menurutnya, Umno merupakan sebuah parti rasuah dan rakyat yang cerdik tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik provokasi tersebut.

Justeru itu, kata Ustaz Abdul Hadi usaha mendekati rakyat perlu dilaksanakan dengan berhemah agar mereka (pengundi) tidak takut hendak keluar mengundi.

Menurutnya, jika negara mengamalkan cara pemilihan yang telus, adil dan baik semua pilihan raya yang diadakan bakal dimenangi oleh parti PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS, Dato' Mustafa Ali dan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden KeADILan, Tian Chua serta beberapa pemimpin lain. - mks. _

Monday, January 5, 2009

PRK Kuala Terengganu, tiga calon sah bertanding

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses pencalonan pilihanraya kecil P036 selesai dengan tiga calon disahkan bertanding.

Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seorang lagi merupakan calon bebas iaitu Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

PAS mengemukakan dua bantahan terhadap calon BN tetapi ditolak oleh Pegawai SPR.

BERITA SEBELUM INI

Kertas pencalonan diterima, 3 calon kemukakan borang

Intan Abdullah & Khairul Azlam

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses penyerahan borang pencalonan ditutup kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

Tiga calon sudah menyerahkan borang masing-masing termasuk satu calon bebas iaitu Azharuddin Mamat berusia 46 tahun.

Sekarang tempoh bantahan dibuka kepada semua calon yang bertanding.

BERITA SEBELUM INI

FRU arahkan penyokong PAS jauhi pintu Stadium Negeri

Intan Abdullah & Khairul Azlam

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Pasukan FRU yang tiba kira-kira pukul 10.05 pagi mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan pintu masuk stadium negeri bagi mengelakkan berlakunya kekecohan sekali lagi.

Biarpun yang bertindak liar adalah penyokong BN tetapi yang diarahkan tinggalkan kawasan pintu masuk stadium adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah penyokong Pakatan Rakyat setakat ini dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang.

BERITA SEBELUM INI

Penyokong BN bertindak liar

Intan Abdullah & Khairul Azlam

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Penyokong Barisan Nasional (BN) bertindak liar terhadap penyokong PAS dengan membaling botol air di hadapan pintu masuk Stadium Negeri kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

BERITA SEBELUM INI

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS

Intan Abdullah & Khairul Azlam

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.

Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama.

BERITA SEBELUM INI

Penamaan calon bermula

Intan Abdullah dan Khairul Azlam

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.

Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad./wann _

Solat hajat iringi perarakan calon PAS di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.

Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad./wann _

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.

Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama./wann_

Sunday, January 4, 2009

Mengundi parti tegak Islam wajib - Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Jan (Hrkh)-Pengundi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diharap menunaikan hak mereka sebagai pemilih dengan penuh keimaman.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hak sebagai pengundi merupakan mutlak kepada setiap individu yang tidak boleh dirampas dan dipaksa sesiapa pun.

"Apabila dihubungkan hak dan kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak ini dengan penuh iman.

"Biar bagaimana rahsia sekali pun undi kita pada 17 Januari ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf," katanya dalam satu kawat kepada pengundi parlimen Kuala Terengganu yang tinggal di luar.

Menurutnya mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam adalah wajib.

Ini selaras dengan firman Allah Taala dalam surah An Nashr: 1 dan 2 yang bermaksud, "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki agama Allah dengan berbondong-bondong".

Menurut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihan raya.

"Inilah yang timbul kerja mengundi melalui pilihan raya," katanya.

Pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari ini dan penamaan calon lusa.

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

MAKLUMAT LANJUT