Sunday, January 11, 2009

DAP sumbangkan LCD bergerak untuk bantu kempen PAS

KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Hrkh) - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen di sini.

ImagePenyerahan dibuat Guan Eng selepas satu sidang media khas bersama tiga pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Media PAS, Kuala Ibai semalam.

Turut serta ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub; veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali; Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Teja (Perak), Chang Lih Kang.

ImageMenurut Guan Eng, LCD itu diserahkan bagi memudahkan kempen penerangan diadakan secara bergerak kerana LCD itu akan diusung dengan lori.

Pemberian itu adalah tanda PAS dan DAP serta KeADILan adalah sangat komited antara satu sama lain dalam kerjasama yang diadakan Pakatan Rakyat, katanya.

DAP menyokong sepenuhnya calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang digelar 'MAWE' oleh Guan Eng, dan partinya akan terus berkempen untuk memastikan calon PAS menang di sini.

"Apapun kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat walaupun setelah habis pilihan raya kecil ini, kerana bagi kita walaupun ada perbezaan antara PAS dan DAP, namun ia bukanlah jurang, sebaliknya antara satu sama lain saling memahami.

Image"Kita mengamalkan konsep bermusyawarah atau membincangkan antara satu sama lain bagi memutuskan hal-hal yang berkaitan dasar yang dipersetujui parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya apabila ada media arus perdana yang cuba melaga-lagakan PAS dan DAP dengan memainkan isu pelaksanaan hukum Hudud.

Walhal, isu Hudud sepatutnya tidak timbul dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini kerana ia bukan isu di sini, katanya.

Beliau percaya, dengan komitmen yang diberi PAS, KeADILan dan DAP, calon PAS akan menang kerana 'mood' pengundi menyebelahi PAS.

"Cuma yang kita bimbangkan ialah pengundi hantu sahaja, ini yang kita akan hati-hati," katanya.

Sejurus selepas sidang media, Ustaz Abdul Hadi, Guan Eng dan Wan Azizah bersama-sama menekan 'key' pada lap top untuk melancarkan skrin LCD tersebut.

Skrin itu seterusnya akan dijadikan alat untuk dibawa ke sana ke mari untuk berkempen. - wann/mks._

Friday, January 9, 2009

Bantah Israel: Nik Aziz bakar patung Bush, Shimon Peres

KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) - Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin.

Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel.

Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan.

Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.Image

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.'

Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu lepas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri.

Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut.

Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut.

Image Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin.

Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi.

"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya.

Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel.

Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit.Image

"Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun.

"Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya.

Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin.

Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid. - mj/mks. _

Thursday, January 8, 2009

Boikot barangan ini

aku terima sms dari 0169220056 supaya kita semua boikot barangan dari israel,banyak barangan keperluan harian termasuk..
avon,dunhill,coca cola,huggies,river island,mc donalds,clinique,disney donna,karan,starbucks gap garnier,perrier,kotex,sanex,jo malone lancome libbys,tchibo,loreal&spencer kleenex maybelline nestle vittel revlon wonderbra

Lebih 5,000 banjiri kedutaan Amerika, kasut jadi simbol

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Kebencian penuh kesumat dan amarah yang masih membara di hati terhadap kebinatangan rejim Zionis Israel tidak dapat dibendung lagi apabila sejumlah 3,000 umat Islam dan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembunuhan zalim sejumlah lebih 700 penduduk Palsetin di Gaza sejak 27 Disember lalu.

Kedutaan Amerika menjadi sasaran utama demonstrasi besar-besaran itu anjuran PAS dan pelbagai NGO Islam yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub. Turut serta Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli. Diringi juga oleh pemimpin parti Sosialis Dr Nasir, Arutchelvan dan juga dari KeADILan Khairul Anwar.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Boikot Produk Amerika" "Stop Holocaust in Palestine" dan "Support Palestin" di samping laungan kemarahan orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan kedutaan tersebut yang turut menarik perhatian dan menjadikan Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan-kenderaan yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimulakan di pekarangan kompleks Tabung Haji dengan ucapan membakar semangat antaranya oleh Dr Hatta Ramli dan wakil-wakil NGO Islam yang lain yang mengecam dan mengutuk tindakan jahat Zionis itu.

Dalam keadaan displin orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kedutaan Amerika sambil mengangkat sepanduk dan gambar - gambar menyayat hati mangsa pembunuhan di Gaza Palestin sambil melaungkan kalimah "Lailahaillah". Pimpinan PAS dan NGO lain sambil berpegang tangan berucap mengutuk Amerika yang menjadi dalang keganasan Israel dan menyampaikan memo bantahan.

Turut menarik perhatian ialah terdapat para peserta yang mengangkat kasut-kasut memberi isyarat seolah-olah penghinaan terhadap Presiden Amerika George W Bush yang dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi kerana kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Muntazer seraya menjerit dalam bahasa Arab,"ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," jeritnya sambi membaling kasut

Selain itu, terdapat ramai juga masyarakat berbilang bangsa seperti India dan Cina yang turut serta menyertai di samping keberanian yang ditunjukkan oleh puluhan kaum wanita yang tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan yang sama.

Terdapat sejumlah 50 anggota polis dan simpanan persekutuan (FRU), kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm

Lebih 700 terbunuh akibat kekejaman Israel, Vatican turut kecam

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Bukan setakat umat Islam sahaja mengutuk bahkan penganut agama lain juga mengecam tindakan biadap dan kebinatangan rejim zionis Israel yang telah mengorban 702 rakyat Palestin dan mencederakan 3,100 orang setakat ini semenjak bermula serangan di Gaza 27 Disember lalu.

Menurut laporan Reuters pegawai kanan Vatican kelmarin mengeluarkan kritikan paling keras terhadap Israel sejak krisis terbaru Asia Barat itu bermula dan menggelar Gaza sebagai 'kem tahanan besar.'

Presiden Majlis Vatican bagi Keadilan dan Keamanan, Kardinal Renato Martino, mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam temubual dengan akhbar online Itali, Il Sussidiario.net.

"Penduduk yang tidak berupaya mempertahankan diri selalunya menjadi mangsa. Lihat saja keadaan di Gaza. Ia semakin kelihatan seperti kem tahanan yang besar," Martino dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Israel menyelar pegawai Vatican kerana membandingkan Semenanjung Gaza dengan 'kem tahanan' dan berkata kenyataan itu 'berasaskan propaganda Hamas.'

"Mengeluarkan kenyataan yang nampaknya berasaskan propaganda Hamas sambil tidak mempedulikan jenayah pergerakan itu tidak membawa orang ramai semakin hampir dengan kebenaran dan keamanan," kata jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor. - azm _

PPSMI makin merosakkan, hapuskan segera!

KUALA LUMPUR,9 Jan (Hrkh) - "Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga tahun depan untuk memutuskan sama ada PPSMI itu diteruskan atau tidak.

"Seharusnya kerajaan menghapuskan segera dasar itu kerana ianya jelas satu dasar yang salah," demikian penjelasan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr Hassan Ahmad.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kajian itu tidak perlu ditangguh dari setahun ke setahun kerana dasar itu sudah banyak mengundang 'kerosakan'.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan nama Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu (Selamat) itu perlu diubah kepada Sekretariat Hapuskan PPSMI.

Beliau juga akan memastikan himpunan 100,000 rakyat untuk Hapuskan PPSMI berjalan secepat mungkin bukan sebagaimana didakwa akan dilakukan hujung tahun ini.

"Ada beberapa perkara yang hendak dipersiapkan dan akan diketahui dalam beberapa hari lagi, hendak buat perhimpunan dengan segera," katanya.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana sekretariat ini baru ditubuhkan ianya perlu sedikit masa bagi menyelaraskan termasuklah perjalanan perhimpunan itu nanti.

"Ini termasuklah dari segi organisasi dan di mana himpunan itu akan diadakan," katanya.

Dalam pada itu Sekretariat Himpunan Hapuskan PPSMI sedang berusaha mengumpul NGO dan parti politik yang akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Karyawan menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

MAKLUMAT LANJUT

Nafi 'politik wang', PM buat lawak yang tak melucukan

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyangkal dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Ini satu lawak tak melucukan pada awal tahun 2009 yang semua orang tahu apa yang PM nafikan itu tidak benar, apakah Pak Lah nak nafikan tidak wujudnya politik wang di kalangan Umno?.

"Apakah Pak Lah sudah terlupa pengakuan MB Pahang, Dato' Adnan Yaakob bahawa Umno mengalami masalah politik wang yang sukar dibendung hari ini.

"Jika dalam Umno pun berlaku politik wang, apatah lagi dalam memancing undi rakyat, ini satu hal yang lawak tapi tak melucukan kerana rakyat telah tahu perihal nafi-nafi Pak Lah ini," kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini tatkala beliau terlantari di Hospital untuk menjalani satu pembedahan kecil esok.

Beliau mengulas penafian Abdullah berhubung dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ketika ini.

MAKLUMAT LANJUT