KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Lt Kol. Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol. Norhayati Hassan hari ini telah memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin dengan menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang.
Bernama melaporkan, pasangan itu menyaman pengendali laman web Malaysia Today itu kerana didakwa memfitnah mereka dalam akuan bersumpah berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Gan, Rao dan Chuah di Mahkamah Tinggi di sini.
Antara lain, pasangan itu turut memohon injunksi bagi menghalang Raja Petra mengulangi kenyataan berfitnah itu
0 comments:
Post a Comment