PULAU PINANG, 13 Nov (Hrkh) - Pulau Pinang merupakan negeri kedua paling aktif mencari pelabur selepas Selangor, kata Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin.
Ujarnya, kejayaan negeri ini menarik pelabur memang telah diduga kerana kecekapan pemimpin Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) yang asyik menghabiskan wang yang pada asalnya untuk pembangunan rakyat."Kerajaan tidak berhenti mencari pelabur setelah diamanahkan oleh rakyat yang mahu melihat tindakan drastik kerajaan baru.
"Kini kita telah mula gerakan setelah berjaya melalui saat-saat getir di awal pengambilalihan kuasa," tegasnya ketika berucap sempena program tauliah perlantian JKKK Seberang Perai Tengah (SPT) di Pejabat Jabatan Kerjaraya, SPT semalam.
Pada tahun depan satu lagi syarikat besar daripada Korea akan menanam pelaburan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang setelah mendapat maklumat sebenar berkaitan Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan rakyat, katanya.
Katanya lagi, sebenarnya banyak pelabur ingin mengadakan hubungan dua hala dengan Pulau Pinang tetapi setelah berlaku tarik balik beberapa projek mega yang bakal dilaksanakan di sini oleh Kerajaan BN maka kebanyakan pelabur angkat kaki dan ada antaranya tunggu dan lihat.
"Tetapi kini bila kita pergi sendiri ke Korea baru-baru ini dan berbincang dengan syarikat Samsung akhirnya mereka dapat menerima semula untuk melabur di sini," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.
Berkaitan kemelut ekonomi sekarang, Mohamad Fairus yang juga Exco Usahawan menasihati rakyat negeri ini agar berhati-hati apabila berbelanja.
0 comments:
Post a Comment