Monday, March 23, 2009

DUN S'gor mula siasatan dana Balkis

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijadual memberikan keterangan esok berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu.

Isterinya Zaharah Kechik - yang juga bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) - akan turut dipanggil pada hari kedua siasatan awam DUN Selangor yang bermula hari ini.

Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud.

Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor.

Timbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nordin Darhan, pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Abdul Karim Munisar dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.

Dalam keterangan, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis.

Siasatan awam pagi sesi petang bersambung jam 2.30 petang dan dijangka tamat kira-kira 4 petang ini.sumber

0 comments: