Tuesday, March 31, 2009

Keyakinan rakyat tidak pulih walau Mahathir sertai Umno

KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - Pemimpin Umno mencanangkan kononnya keyakinan rakyat kepada telah pulih dengan penyertaan semula bekas Presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Hakikatnya rakyat masih belum menunjukkan reaksi samada yakin atau sebaliknya kepada Umno meskipun dengan kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno, kata Ketu Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Malah dakwaan pemimpin Umno itu hanya menggambarkan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang baru tidak mampu mengubah parti itu dengan imej yang dimilikinya.

"Daripada beberapa ulasan akhbar termasuk Naib Presiden Umno, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi kata kononnya kemasukan Tun Mahathir tingkatkan keyakinan rakyat.

Presiden yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak pula menggunakan petunjuk ini untuk memulihkan keyakinan rakyat, katanya.

Ini menunjukkan kepimpinan Najib sangat lemah hingga terpaksa bergantung kepada imej Tun Mahathir yang masuk kononnya untuk menyatukan Umno, katanya.

"Bagi saya bagaimana beliau (Najib) selaku pemimpin utama Umno bergantung kepada kepimpinan lain, jika Tun meninggal dunia apa akan jadi kepada saf kepimpiann Najib?," katanya.

"Soal penyatuan dalam Umno, jangan dilihat perpecahan Melayu boleh selesai dengan kemasukan Tun, dan apakah faktor penarik yang ada kepada Umno hanya kerana Tun?,"soalnya.

Jika inilah keadaannya kata Mahfuz, maknanya kepimpinan Umno yang ada hari ini terlalu lemah, dan tiada kekuatan untuk memimpin negara.

Walhal ujarnya politik Mahathir sudah tidak relevan lagi kepada generasi hari ini, walaupun tidak dinafikan beliau hormat kepada wibawa bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, kemasukan Mahathir masih belum dapat diterima atau diyakini oleh rakyat.

"Kemasukan semula bekas Mahathir tidak akan mendatangkan kesan kepada corak kepimpinan Umno yang dilihat semakin terdesak memenangi hati rakyat dan bukannya satu ancaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.

"Penyertaan semula Tun Mahathir dalam Umno bukan ancaman kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS memandangkan ketika beliau meninggalkan Umno dahulu, tiada pihak yang memintanya menarik balik hasrat berkenaan malah turut mengutuknya.

"Sekejap keluar dan kemudian masuk parti adalah lumrah bagi pemimpin Umno kerana tidak mempunyai pendirian tetap dan jati diri telus dalam perjuangan membela hak rakyat," katanya.

Baginya, generasi muda tidak akan melihat ini satu perubahan, dan peralihan kuasa yang berlaku dalam Umno tidak akan mendatangkan kesan kepada parti yang hampir karam itu./wann _

0 comments: