kemaskini 11.26am Upacara mengangkat sumpah memegang jawatan, menyimpan rahsia serta sumpah taat setia para menteri dan timbalan menteri yang diumumkan semalam selamat disempurnakan di Istana Negara.
Seramai 28 menteri dan 40 timbalan masing-masing mengangkat sumpah taat setia dan simpan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Mizan Zainal Abidin dilihat masuk ke balairong seri Istana Negara bersama Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah untuk memulakan istiadat penuh protokol ini selepas jam 9.30 pagi.
Sejurus selepas lagu Negaraku dimainkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri dan juga menteri pelajaran yang baru.
Upacara tersebut disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Majlis kemudian diteruskan serentak dengan kumpulan pertama anggota jemaah menteri: Datuk Ong Tee Keat, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kumpulan kedua pula diikuti: Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Shafie Apdal
dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.
Susunan kumpulan berlima atau berempat menteri ini seperti senarai yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain Najib dan isterinya Rosmah Mansor, dua mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di majlis tersebut yang memakan masa selama dua jam. sumber
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment