Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.
Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi (lihat carta).
Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan
disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.
Ketika menziarahi jenazah tersebut, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi itu Isnin ini.
Tambahnya, laporan itu dibuat awal minggu depan kerana hari ini dan
esok merupakan cuti umum bagi Kelantan, sementara Ahad cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur pagi ini, pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berharap "Umno tidak meletakkan calonnya" seperti pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini.
sumber
0 comments:
Post a Comment