Thursday, May 28, 2009

Calun PKR Dr Mansor umum 11 piagam untuk rakyat

Calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Dr Mansor Othman mengumumkan 11 piagam yang bakal dilaksanakan jika rakyat memberi mandat kepadanya menjadi Adun Penanti 31 Mei nanti.

Beliau ketika membentangkan 11 piagam berkenaan menjelaskan, program pertama yang beliau akan laksanakan ialah mewujudkan Pusat Khidmat dalam masa 48 jam sebagai 'One Stop Centre' dan aduan daripada rakyat.

Selain itu beliau akan mengadakan e-mail aduan untuk membolehkan rakyat membuat aduan menerusi internet sepanjang hari di samping menjayakan hasrat dan amalan turun padang ke kampung serta meninjau dari dekat permasalahan rakyat.

Piagam itu juga menyebut bahawa beliau akan mendahulukan kebajikan rakyat serta membanyakan program kebajikan terutamanya membabitkan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim.

Memberi bimbingan kepada pelajar dengan menwujudkan kelas tambahan secara percuma terutama pelajar miskin dan membina jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan dan sebagainya merupakan sebahagian daripada Piagam yang diumumkan semalam.

0 comments: