Sunday, June 21, 2009

Kerajaan perlu serius bincang hasil yang ditadbir LHDN!

Masalah kemiskinan masih terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, meskiupun kerajaan telah melancarkan program membasmi kemiskinan sejak 30 tahun lalu.

Kemiskinan di kalangan bumiputera pula dilihat amat ketara berbanding kaum lain termasuk jurang pendapatan kaum Melayu yang amat tinggi berbanding kaum Cina di negara ini.

Di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan sering menjadi bualan, malah laporan mengenai kedhaifan rakyat di negeri itu sering dipaparkan dalam media elektronik mutakhir ini.

Tambahan pula mutakhir ini ahli Parlimen dari dua negeri itu sering membangkitkan persoalan mengenai jurang kemiskinan di negeri mereka yang amat ketara berbanding negeri di Semenanjung Malaysia.

Sekat bantuan

Namun begitu, media turut memomokan isu kemiskinan tegar dengan kerajaan Kelantan sejak negeri Cik Siti Wan Kembang itu diperintah PAS pada tahun 1990, dan sejak itu media Umno/BN meyekat peruntukan pusat ke negeri tersebut.

Akibatnya, kerajaan Kelantan terpaksa merangkak untuk membangunkan negeri yang telah dipunahkan kewangannya oleh pentadbiran Umno/BN sebelum ini.

Begitupun berkat kesabaran dan ketekunan pimpinan PAS Kelantan yang dikepalai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan kini membangun malah kuasa membeli rakyat Kelantan meningkat berbanding negeri lain.

Sebagi contoh, bagi tahun lalu pasaraya Tecso di Kelantan mencatat kuasa beli kedua tertinggi dengan kutipan lebih RM1 juta sehari selepas Tesco di Selangor ditempat pertama.

Membicarakan isu kemiskinan di Sabah pula, lebih kurang 30 tahun (1970an) yang lalu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia selepas Selangor.

Tetapi selepas tahun 1990an, Sabah adalah negeri yang sangat baik untuk dijadikan contoh-contoh kawasan yang miskin yang �setanding� dengan negara yang baru selesai daripada perang saudara.

Isu tekanan 'diskrimiansi' kerajaan pusat yang menyebabkan kemiskinan antara Sabah dan Kelantan turut dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2009 dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri pindaan 2008.

Rata-rata ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah pembentangan rang undang-undang LHDN ini memandangkan ia tidak membincangkan persoalan memperkasakan LHDN dan penyaluran hasil cukai kepada rakyat bagi mengatasi kemelut kemiskinan di beberapa buah negeri.

Kemana hasil cukai?

Perbahasan yang diutarakan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Bebas dalam Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN pindaan 2008 itu berkisarkan kepada isu ke mana perginya hasil mashyul negara yang diamanahkan kepada kerajaan untuk diuruskan.

Rata-rata ahli Parlimen membongkar persoalan bagaimana sekatan bantuan yang dikenakan ke atas negeri pakatan selain Sabah dan Sarawak yang masih belum 'membangun' sepenuhnya.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan yang menafikan hasil cukai pendapatan untuk diagihkan secara 'adil' kepada rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.

Kelantan sebagai contoh terus dinafikan geran pembangunan apabila segala saluran bantuan oleh kerajaan pusat diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditunjangi kelompok Umno/BN Kelantan, walhal kata Ustaz Halim hak itu sepatutnya diberikan kepada kerajaan yang memerintah.

Beliau juga mendakwa kerajaan menafikan hak infrastruktur yang lebih baik bagi tujuan pengangkutan menyebabkan ada sedikit masalah kepada negeri Cik Siti Wang Kembang itu untuk mendapatkan limpahan pelaburan yang boleh mengembangkan indsutri disana.

Walhal kata Ustaz Hali, membina lebih raya adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

"Kenapa tidak buat? Duk buat jalan raya di Pantai Barat. Sabah pun tidak buat. Kenapa tidak buat? Kalau kita buat, rakyat bayar cukai. Kita buat, insya-Allah pelabuhan akan dapat dibuat. Baru boleh 'heavy industry' dapat dibangunkan.

Beliau juga mendakwa kerajaan pusat tidak mahu mendaratkan hasil petrokimia yang ada di perairan pantai Kelantan di kawasan yang sepatutnya di Kelantan antaranya di Bachok dan Pasir Puteh.

"Kalau hendak lonjakkan ekonomi dan pembangunan di Kelantan dan Terengganu Utaraini termasuk Setiu dan termasuk Jerteh, boleh dibuat.

Dalam ECER ini ada disebut bahawa pembangunan petrokimia, Hasil daripada gas diluar pantai Kelantan, daripada kawasan GDA antara Siam dengan Kelantan-Terengganu.

Malaysia ini telah keluar gas ini dan didaratkan di Songkla ini dan hendak dibangunkan di Gurun.IPP di Gurun hendak hantar balik ke Selatan Thailand. Semua pengguna ini ialah 69 peratus sahaja.

"Ada lagi 31 peratus baki yang masih dijualkan oleh Petronas Carigali,. Kenapa tidak didaratkan di Jerteh kah, Pasir Puteh kah, Bachok kah? Kalau ini didaratkan maka ekonomi yang rendah di kawasan ini akan jadi melonjak," katanya.

Ujar Ustaz Halim, dalam masa Tun Abdullah Ahmad Badawi ada rombongan daripada Umno Kelantan hantar memorandum, supaya hasil gas didaratkan di Bachok, kerajaan negeri setuju menyediakan 5,000 ekar tanah, 3,000 ekar untuk kawasan industri, 2,000 ekar untuk 'buffer zone'.

Namun desakan supaya saluran itu dialih ke Bachok tidak mendapat perhatian kerajaan BN, walhal jika dapat didaratkan, PAS pun terancam, mungkin kalah.

BN halang kemajuan, tindas rakyat

Justeru bagi Ustaz Halim, kerajaan BN lah sebenarnya yang menghalang pembangunan di tempat-tempat orang Islam termasuk di Kelantan, Terengganu dan Utara.

Ustaz Halim turut memfokuskan isu kelembapan pembangunan di Sabah yang menyebabkan negeri tersebut memiliki kemiskinan tegar tertinggi menurut laporan Unit Perancangan Ekonomi bagi tahun 2008.

Sabah mencatatkan sejumlah 26.3 peratus dalam statistik kemiskinan yang diakibatkan oleh penafian hak rakyat Sabah dalam mendapat limpahan hasil kekayaan negeri terbabit.

Ucapan Ustaz Halim itu disahut beberapa ahli Parlimen termasuk dari Sabah antaranya Eric Enchin Mojimbum (Bebas-Sepanggar) yang mengkisahkan isu kemiskinan rakyat Sabah yang lebih berat berbanding Kelantan.

Ujar Eric, hasil yang dikutip LHDN seharusnya diagih dan ditadbir secara telus oleh kerajaan pusat memandangkan ia adalah amaha rakyat.

Rakyat Sabah tidak terima hasil kekayaan negeri?

Sebaliknya apa yang berlaku di Sabah mungkin banyak kutipan daripada hasil-hasil tetapi malangnya bila hasil peruntukan itu tidak nampak di mana sebenarnya kepada rakyat terutamanya di Sabah.

"Contohnya di Sabah, kita nampak dan lihat begitu teruknya jalan-jalan raya. Pembekalan air begitu teruknya, lebih-lebih lagi dengan pembekalan elektrik.

Selain itu sebelum ini rakyat Sabah menghadapi satu masalah yang besar mengenai Hospital Queen Elizabeth, walaupun pada suatu ketika Perdana Menteri datang pada bulan Mei untuk mengumumkan RM245 juta bagi pembelian satu SMC.

"Ini SMC yang kedua. Sebelum itu SMC yang pertama sudah dibeli oleh kerajaan semata-mata untuk membeli bangunan yang sudah sedia. Namun akhirnya kita dapat lihat juga Menteri Kesihatan datang menyusul kononnya pengumuman Perdana Menteri itu salah. Yang Berhormat Menteri Kesihatan umumkan bahawa sebenarnya wang yang akan digunakan untuk pembelian SMC yang kedua itu ialah RM280 juta bukan RM245 juta," katanya.

Berikutan isu tidak cukup kelengkapan peruntukan ditambah dengan RM90 juta lagi hingga berjumlah RM370 juta, katanya.

Namun sudah hampir sembilan bulan telah diisytiharkan sebahagian bangunan Hospital Queen Elizabeth tidak selamat diduduki.

"Sehingga sekarang sudah 240 hari belum ada pergerakan, belum ada tindakan. Inikah efficiency nya kerajaan? Adakah ini sebenarnya kerajaan yang prihatin kepada rakyat? Kita tidak dapat lihat keprihatinan itu kepada rakyat.

Walhal katanya sasil-hasil yang dikutip daripada rakyat begitu banyak sekali, lebih-lebih lagi hasil petroleum tetapi hanya peratus telah disalurkan kepada negeri Sabah.

Beliau merasakan sedih bila melihat angka kemiskinan di seluruh negara walaupun kerajaan memfokuskan kemiskinan di Kelantan tinggi, tetapi masih lagi di bawah 7.2 peratus.

Akan tetapi peratusan kemiskinan di Sabah pada tahun yang lalu diumumkan bahawa peratus kemiskinan di Sabah ialah 17 peratus sementara dalam data MPA kemiskinan di Sabah ialah 26.3 peratus.

"Di manakah sebenarnya keprihatinan ini? Adakah yang 3.2 atau 3.1 juta rakyat di Sabah ini kalau kita hitung hampir setengah juta yang termiskin. Bagaimana ini terjadi? Bagaimana ini boleh berlaku? Hanya kerajaan sahaja yang boleh menjawabnya," ujar Eric lagi.

Beliau seterusnya kesal dengan penafian hak yang sepatutnya diterima oleh seluruh rakyat yang sebenarnya pembayar cukai kepada kerajaan melalui LHDN.

Ini sebenarnya pandangan rakyat Sabah yang sudah begitu lama menderita disebabkan kerenah birokrasi dalam pengagihan bantuan dan pembangunan.

Suatu ketika lalu Sabah semasa menyertai Malaysai adalah negeri kedua terkaya, akhirnya kata Eric Sabah kembali menjadi negeri yang rakyatnya menderita.

Di akhir perbahasan rang undang-undang LHDN, kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepakat menolak pembentangan itu yang disifatkan mereka sebagai tidak membincangkan isu yang sebenar iaitu persoalan hak rakyat untuk mendapatkan hasil yang dikutip

0 comments: