Sunday, March 29, 2009

Sejarah, 13 calon bebas di Bukit Selambau!

BUKIT SELAMBAU, 29 Mac (Hrkh) - Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya kecil seluruh Malaysia menyaksikan kemasukan terlalu ramai calon bebas untuk bertanding merebut kerusi N25 Bukit Selambau yang dikosongkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Arumugam yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

ImageBeliau memang atas tiket bebas dan kemudian mengistitharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) lantas dianugerahkan jawatan exco Hal Ehwal Kaum India dan Siam berikutan beliau merupakan satu-satunya kaum India yang menang pada pilihan raya tersebut di Kedah.

!3 calon tersebut ialah R. Loganathan berlogo kelapa sawit, Tan Hock Huat (kunci), Radzi Mohd Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Wahab (kepala Harimau), Abdul Rahim Abu (Jam), L.Sarala (Basikal), M.Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), Michael Venasan (ikan), Anuar Abdul Hamid (telefon) dan T. Chandrarajan (Kapal Terbang).

Kesemua calon tersebut memasuki pekarangan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani Satu antara pukul 9.00 sehingga 9.30 pagi. Manakala calon Barisan Nasional (BN), Ganesan memasuki dewan sekolah berkenaan pukul 9.00 pagi sementara itu calon KeADILan, Manikumar 9.19 pagi.

ImageHari ini bukan sahaja orang ramai menyaksikan perkara yang tidak pernah berlaku dalam setiap kali pilihan raya kecil malahan tindakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakan kedua-dua penyokong berjauhan kononya untuk menghindarkan perbalahan atau pertengkaran.

Penyokong Pakatan Rakyat diletakan berhampiran belukar bersebelah sekolah tersebut.

Calon bebas dibenarkan melalui jalan tengah manakala BN dari jalan yang agak berjauhan.

Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Bukit Selambau, Abdullah Mohd Akhir mengistiharkan ke sesemua calon berkenaan layak bertanding pada pukul 11.50 pagi hampir dua jam waktu tutup pencalonan.

Thursday, March 26, 2009

Mampukah Khairy selesaikan masalah politik wang dalam Umno?

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menegaskan kemenangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru tidak memberi jaminan masalah politik wang dalam parti itu dapat diselesaikan.

Khairy, tegas Salahuddin berhadapan dengan tugas berat untuk membersihkan gejala tersebut memandang beliau sendiri dikaitkan dengan masalah tersebut oleh Lembaga Displin Umno.

"Perwakilan Umno sendiri menyatakan dengan jelas bahawa masalah politik wang begitu serius dalam Umno dan ini merupakan tugas berat bagi Khairy kerana beliau sendiri dikaitkan dengan masalah tersebut.

"Namun saya berharap Khairy akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah politik wang dalam Umno" tegas beliau.

Beliau juga menjelaskan tidak bermaksud mahu mencampuri urusan dalam Umno tetapi sebagai sebuah parti utama yang menjadi tonggak kerajaan yang ada, masalah politik wang itu perlu dihapuskan kerana pemimpin yang dipilih merupakan mereka yang akan mengetuai kerajaan.

Dalam pada itu Salahuddin mengucapkan tahniah kepada Khairy atas kemenangan tersebut.

"Sebagai rakan sejawat, saya mengucapkan tahniah kepada Khairy atas kemenangan yang diperolehinya," tegas Salahuddin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipilih mengetuai Pergerakan Pemuda Umno setelah memperolehi 304 undi manakala Dato' Seri Khir Toyo dan Dato' Mukhriz Mahathir masing-masing memperolehi 254 dan 232 undi. /wannordin _

Wednesday, March 25, 2009

Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak?

Persidangan Agung Umno telah pun bermula, lagak bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai perasmian sidang Wanita, Pemuda dan Puteri semalam nampak gah dan bersemangat.

Persidangan kali ini merencahkan pelbagai kesukaran kepada Umno selaku parti yang dilihat sedang terumbang ambing.

Pertamanya kerana pukulan maut pilihan raya umum ke-12 dan dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu serta Permatang Pauh yang menatijahkan kekalahan besar kepada Umno/BN.

Namun paling menazakkan Umno ialah perihal rasuah dan penyelewengan yang bergelumang dalam parti nasionalis itu.

Pendakwaan ke atas Dato' Norza Zakaria dan beberapa ketua bahagian pada peringkat awal dilihat hanya sekelumit sahaja 'episod rasuah' yang berlaku.

Namun, apabila beberapa nama besar seperti Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan rasuah dan dengan Ali sudah pasti dikenakan larangan bertanding kerana rasuah, gelombang semakin besar berlaku.

Paling tragis, Lembaga Disiplin Umno dikatakan membuat keputusan terpilih dalam kes Ali dan Khairy, walaupun kedua-duanya nyata rasuah melalui agen mereka.

Namun, segala keputusan Lembaga Disiplin Umno ini pastinya membibitkan perpecahan kerana disatu pihak (Kem-Abdullah) pastinya merasai mereka teraniaya, sementara di pihak lain (Kem Najib) kononnya mahu membuktikan mereka bersih.

Walhal, seperti kata beberapa ahli umno semua kumpulan sama sahaja cuma kumpulan yang satu ini kini mempunyai kuasa.

Betapa hebat pun perihal rasuah dalam Umno dilaporkan media, namun kelibat penentang rasuah nombor satu negara yang pernah menjadikan motto 'rasuah musuh nombor satu negara' masih tidak kelihatan mengulas atau membicarakan perihal ini.

Apakah individu tersebut sudah mula 'sedar' akan parti yang disertai semula itu sebenarnya sebuah parti yang menentang gagasan beliau sewaktu menubuhkan Gerakan Anti Korupsi (Gerak)?.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor yang sejak isu rasuah dalam terdedah hanya diam membisu.

Gantung permit Harakah - Kami tidak akan berhenti bersuara!

Rakyat dikejutkan dengan tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa 23 Mac baru-baru ini.

Tiada alasan kukuh untuk menyokong penggantungan yang dibuat KDN, melainkan ianya terdorong daripada sentimen kegusaran pemerintah Umno-BN terhadap keberkesanan Harakah.

Penggantungan permit ini amat tidak adil dan harus ditarik balik serta merta.

Sejak 1987 Harakah diterbitkan, sehingga kini sudah mencapai 22 tahun, tidak sekalipun permit Harakah digantung walaupun tohmahan, fitnah, kecaman dan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Harakah.

Dalam tempoh 22 tahun, Harakah sedia ditegur, termasuk oleh KDN, dan kita melakukan perubahan jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebagai sebuah organ parti Harakah juga mempunyai visi dan misi yang tersendiri.

Malangnya, banyak tuduhan kepada Harakah merupakan dakwaan liar yang tidak berasas. Ia juga jarang dibuktikan.

Justeru, kebanyakannya bersifat tekanan politik Umno-BN.

Tindakan menggantung permit Harakah adalah yang julungkalinya dibuat, menunjukkan KDN tidak bertindak adil dan mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.KDN dipergunakan untuk kepentingan politik mereka.

Meskipun Harakah kerap dilabel sebagai 'akhbar nyamuk' yang didakwa tidak berpengaruh, dengan jumlah jualannya tidak sebesar mana, edarannya tidak meluas seperti akhbar arus perdana, tetapi yang peliknya ia begitu ditakuti dan digeruni Umno-BN.

Apalah kedudukan Harakah, jika hendak dibandingkan dengan jumlah puluhan media cetak dan elektronik yang jelas memihak kepada Umno-BN?

Tidak cukupkah lagi dengan sokongan membabi-buta media pengampu itu sehingga mereka cukup alergik untuk menerima kahadiran akhbar alterna

Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya.

Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Monday, March 23, 2009

DUN S'gor mula siasatan dana Balkis

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijadual memberikan keterangan esok berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu.

Isterinya Zaharah Kechik - yang juga bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) - akan turut dipanggil pada hari kedua siasatan awam DUN Selangor yang bermula hari ini.

Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud.

Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor.

Timbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nordin Darhan, pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Abdul Karim Munisar dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.

Dalam keterangan, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis.

Siasatan awam pagi sesi petang bersambung jam 2.30 petang dan dijangka tamat kira-kira 4 petang ini.sumber

DUN S'gor mula siasatan dana Balkis

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijadual memberikan keterangan esok berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu.

Isterinya Zaharah Kechik - yang juga bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) - akan turut dipanggil pada hari kedua siasatan awam DUN Selangor yang bermula hari ini.

Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud.

Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor.

Timbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nordin Darhan, pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Abdul Karim Munisar dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.

Dalam keterangan, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis.

Siasatan awam pagi sesi petang bersambung jam 2.30 petang dan dijangka tamat kira-kira 4 petang ini.sumber