Tuesday, January 20, 2009

Ezam undang bala

ENTAH apa silapnya pihak tertentu dalam Umno, terlalu mempercayai bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor dan balaci-balacinya, sehingga dibawa berkempen di Kuala Terengganu.

Ezam ternyata membawa padah kepada Umno. Padah kerana penyertaan beliau dalam kempen BN, langsung tidak membantu. Tiada apa-apa kesan dan hanya merugikan masa dan wang Umno sahaja.

Ezam memang tiada modal. Kerjanya hanya membelasah bekas bosnya mantan TPM, Dato' Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tujuan Umno menggunakan khidmat Ezam dalam pilihan raya kecil, semata-mata untuk menyerang peribadi Anwar. Tiada sebab lain.

Malah, kali ini beliau melebarkan serangannya kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa. Tujuannya untuk melagakan Anwar dengan PAS, melagakan KeADILan dan PAS.

Maka berceramahlah beliau sehingga 'hendak keluar anak tekak'.

Ezam bak 'ayam jantan yang mengepak-ngepak' apabila apabila media cetak dan elektronik yang menjadi barua BN, memaparkan 'kehebatannya' beserta balacinya mengecam dan memaki hamun Anwar.

Namun rakan-rakan dalam KeADILan tidak terkejut.Mereka hanya ketawa apabila mendengar ceramah Ezam. Bagi mereka Ezam hanya pecacai dan soldadu upahan yang mahu mengaut seberapa banyak 'ghanimah' daripada Umno.

"Dalam KeADILan dulu, dia maki hamun Umno, BN, Abdullah, Najib lagi teruk. Berbakul-bakul dia maki, siap bersumpah 'haram' masuk Umno lagi. Sekarang apa dia cakap?" Soal seorang MP KeADILan yang bukan berbangsa Melayu.

"Kita pergi juga dengar ceramah dia (Ezam), malam kelmarin," kata seorang AJK AMK Terengganu yang ditemui.

"Tapi ceramah dia tidak lebih dari kelentong penjual ubat tenaga batin di jalanan," katanya lagi.

Memang pun. Ceramah Ezam bukannya ada sambutan. Tidak memberi kesan langsung. Malah seorang Ketua Putera Umno sebuah negeri berkata kepada seorang pemberita akhbar harian, "Kami meluat tengok Ezam, apa kena mengena Anwar dengan Kuala Terengganu? Permatang Pauh pun tak jalan (serangan peribadi


Monday, January 19, 2009

'Ayah Teh' bayar nazar depan Wahid


KUALA TERENGGANU, 20 Jan (Hrkh) - Kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bertanding bagi merebut kerusi P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu disambut dengan penuh kegembiraan oleh ribuan ahli dan penyokong PAS di Terengganu dan seluruh negara.

Kemenangan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut merupakan 'kemenangan rakyat dari rakyat untuk rakyat'.
Sehubungan itu, seorang ahli PAS dari Kampung Pulau Rusa, Mohamad Abdullah, 60, telah menunaikan niat nazarnya di hadapan Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih oleh rakyat.

Mohd Abdul Wahid telah menyempurnakan nazar tersebut dengan mencukur rambut serta membotakkan kepala beliau di perkarangan rumah wakil rakyat tersebut.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Ayah Teh' berkata jika PAS yang mewakili Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil ini beliau akan bercukur rambut sebagai niat nazarnya.
"Alhamdulillah, saya bersyukur di atas kemenangan PAS itu dan 'Ayah Teh� pernah berniat nazar untuk bercukur rambut sampai botak jika PAS menang,� ujarnya. - mns_

Najib gagal baca amaran awal kekalahan?

SEBELUM diisytihar menang pun, penampilan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS, mewakili Pakatan Rakyat, sudah menempa sejarah tersendiri. Pemilihannya memang tidak dijangka. Namanya dicalonkan di peringkat awal, tetapi khabarnya beliau sendiri menarik diri, untuk memberi laluan kepada tokoh-tokoh lain, dan antara yang disebut-sebut ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu (1999-2004) dan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sejarah dibentuk lagi kemudiannya apabila persepakatan erat Pakatan Rakyat terserlah bermula dari hari penamaan calon, semasa kempen hinggalah hari pembuangan undi. Rasanya inilah kali pertama pimpinan utama DAP, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng aktif berkampung di kawasan majoriti Melayu, dan lebih menarik ia terletak di Kuala Terengganu.
"Cantiknya ia berlaku di Terengganu"
Apabila turun mengatur strategi dan berkempen bersama, tentulah "yang jauh dapat didekat, yang dekat dapat dimesrakan". Ada dakwaan mengatakan pimpinan PAS Terengganu agak tidak begitu "dekat dan mesra" bukan saja dengan pemimpinan DAP, malah KeADILan.
Sementara kemenangan dengan majoriti tidak terduga Abdul Wahid, iaitu 2,632 undi, disambut gema takbir (dan kemudiannya ratusan anak muda meraikannya di jalan-jalan sekitar bandar), Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, yang mengemudi jentera kempen BN pasti terkedu dengan kekalahan bergandanya.
Permatang Pauh mungkin tidak memalukannya tetapi Kuala Terengganu nyata memberi tamparan hebat buat bakal Perdana Menteri, yang dijangka naik takhta Mac nanti.
Permatang Pauh dikenali sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi, terletak pula di negeri Pakatan Rakyat. Sementara Kuala Terengganu milik Umno-BN, di negeri Terengganu yang mana BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-12, menghadang ombak tsunami politik yang menghempas Pantai Barat.

Sunday, January 18, 2009

Khabar dari Gaza : Disiasat dua jam, akhirnya tiba di El-Arish

EL-ARISH, 19 Jan (Hrkh) - Misi Kemanusiaan Gaza yang dipimpin Yayasan Amal Malaysia telah tiba di bandar pelancongan El-Arish jam 8 pagi (waktu tempatan).

Perjalanan ke bandar terakhir sebelum ke sempadan Rafah,Palestin ini mengambil masa lebih 6 jam daripada Kaherah.

Sepanjang perjalanan,bas yan membawa anggota rombongan ini telah melalui sebanyak 'check point' dan setiap satunya telah disoal siasat oleh pihak keselamatan Mesir.

Dalam 'check point' terakhir kami telah ditahan selama dua jam dan terpaksa melalui pelbaai karenah phak keselamatan Mesir.

Walaupun, sebelum ini Yayasan Amal melalui bantuan rangkaian anggotanya di Mesir telah menyediakan segala dokumentasi termasuk surat benaran dan sokongan daripada Kedutaan Malaysia dan Persatuan Perubatan Arab,namun pihak berkuasa masih tidak berpuashati.

Namun,akhirnya kami dapat juga melepasi semua 'check pont' dan selamat tiba di bandar El-Arish.

Sebagai rekod, bandar ini merupakan bandar tumpuan pelbagai pihak yang ingin ke Palestin. - mks/wann._

rupa-rupanya utk melepas sekatan pihak mesir ni bukannya senang patut la mesir bukan main lg sokong israel laknat ni..

Wednesday, January 14, 2009

Perlukah debat antara Ezam-Anwar untuk jelaskan keadaan sebenar?

Wan Nordin Wan Yaacob

(Analisis) : Menyorot perbalahan antara bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan bekas ketuanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung isu 'surat perdamaian' yang melewati kerancakan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Walaupun pada asasnya apa yang didedah Ezam itu bukanlah isu yang boleh menyentuh minda pengundi di Kuala Terengganu, namun sedikit sebanyak ia menjadi fokus kepada seluruh masyarakat.

Ezam berhujah bahawa Anwar sendiri yang mengajar kepadanya tentang kebatilan itu tidak boleh disimpan walaupun 10 tahun atau sampai bila-bila.

Bagi Ezam, kebatilan yang kononnya didakwa dilakukan Anwar mengenai usaha menyuruh Ezam menemui Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja dipecat dari kerajaan pada 7 dan 8 September 1998 perlu didedahkan.

Isu itu kini mula berlegar dikalangan peminat dan musuh-musuh Ezam yang mungkin mua berkira-kira untuk menjawab persoalan yang diutarakan Ezam terhadap Anwar itu.

Hari ini, Ezam seperti yang dilaporkan Sinar Harian akan mendedahkan rahsia yang dinyatakan Ezam bakal mendedahkan siapa sebenarnya Anwar.

Anwar pula pastinya akan ada hujahnya yang tersendiri terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu dan ia bakal ditunggul ramai penyokongnya.

Namun persoalannya di sini apalah peri pentingnya Ezam membungkai bicara perihal Anwar hanya pada pilihan raya kali ini yang pastinya KeADILan tidak bertanding.

Sedangkan jika beliau mahu membongkar rahsia itu yang kononnya bakal tidak terjawab deka Anwar, mengapa tidak pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh lalu?.

Ezam pastinya mempunyai strategi tersendiri, namun seperti kata Naib Presiden PAS, integriti bekas Ketua AMK itu sendiri sudah tidak boleh dipercayai apabila dakwaan pemimpin sebelum ini yang dikatakan ada dalam enam kotak rahsia masih belum didedahkan sepenuhnya.

Begitu juga ujar ada benarnya kata Husam yang melihat mengapa Ezam tidak bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno.

Hasrat Ezam menyertai semula Umno tahun lalu adalah untuk menghapuskan rasuah, justeru hal ini sangatlah dituntut kerana kata Husam ia semakin parah dalam Umno.

Begitupun yang diperkatakan tentang perihal Ezam-Anwar, rakyat kebanyakan pastinya mahu mengetahui isu sebenar yang tidak sekadar meniti dibibir media.

Sebaliknya kata seorang rakan penulis, Zuhairi Mohammad yang kini berkempen di Kuala Terengganu, perlunya satu pentas yang khas untuk dua tokoh ini menjelaskan segala yang keliru.

Peri pentingnya dua tokoh ini bertemu ialah bagi menjelaskan kepada rakyat apakah hal sebenar yang belaku, kata rakan itu lagi.

Benarlah mungkin apa yang disimpulkan seorang penganalisis sosial, Dr Riduan Tee Abdullah dalam rancangan Hujah pada 13 Januari lalu yang dikendalikan Pensyarah UKM, Dr Agus Yusof.

Kata Dr Riduan, seseorang pemimpin itu perlu ikhlas kepada rakyat dan segala yang dilakukan bukanlah untuk membuncitkan perut atau mengkayakan kroni, sebaliknya matlamat membela rakyat tanpa mengira latar belakang adalah keutamaan.

Terserah kepada Ezam dan Anwar untuk menyatakan perihal masing-masing, dan pentas terbuka mungkin sesuai bagi semua ini.

Anwar pernah bertemu Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shaberry Cheek dalam debat khas isu kenaikan minyak, dan pastinya keberanian Anwar ini adalah kunci kejayaan beliau selaku pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Kejayaannya dalam debat itu menyuntik semangat rakyat, dan kini rakyat terus menyokong kepimpinan beliau.

Mungkin kali ini pentas terbuka sekali lagi menjadi wadah Anwar menjawab persoalan Ezam, terpulang kepada tokoh-tokoh ini?._

Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin

KOTA BHARU, 14 Jan (Hrkh) - Mengambil kira kesengsaraan yang menimpa umat Islam di Palestin, kerajaan Kelantan memberi komitmen menyumbang sehingga RM1 juta bagi membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato� Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri akan memberi sumbangan minimum sebanyak RM1 juta pada malam program Sumbangan Derma Seberapa Banyak Untuk Rakyat Palestin 23 Januari ini.

"Sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri. Selain itu derma juga dikutip daripada orang ramai," katanya di sini hari ini.

Pada 23 Januari ini kerajaan negeri akan menganjurkan program khas bagi membantu mangsa kezaliman Israel bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan negeri akan menghantar rombongan ke Mesir untuk mengenali pasti keperluan mangsa-mangsa keganasan Yahudi di Palestin.

Katanya pada tinjauan itu sekiranya didapati mangsa-mangsa memerlukan ubat, maka duit yang diderma pelbagai pihak di sini akan digunakan untuk membeli bekalan ubat.

Beliau juga berharap orang ramai hadir pada program Sumbangan Derma Seberapa Banyak Untuk Rakyat Palestin sambil menghulurkan derma.

"Jika ramai orang menderma dan dicampur sumbangan kerajaan negeri serta agensi kemungkinan lebih RM1 juta dapat dihantar membantu rakyat Palestin," ujarnya. - mj _

Tuesday, January 13, 2009

Benarkah royalti minyak sudah dikembalikan?

Azamin Amin
Tue | Jan 13, 09 | 11:57:09 pm MYT

Isyarat pertama menunjukkan BN sudah gagal meraih kemenangan pusingan pertama di Kuala Terengganu apabila calonnya tidak bersedia menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat Terengganu sama ada benar royalti minyak sudah dikembalikan.

Kegagalan itu dibuktikan oleh calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang dengan nada mengelak menyatakan tidak akan menyertai Debat Royalti Minyak yang bakal dianjurkan Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (Mampat) pada 8 malam, Khamis 15 Januari, di Kelab Ekuestrian Terengganu.

Penganjuran debat ini berbangkit apabila timbul keraguan terhadap kenyataan Meteri di Jabatan Perdana Mneteri, Senator Dato' Amirhisham A. Aziz di Parlimen pada 13 Mei 2008 bahawa Terengganu mendapat royalti sejumlah RM7.364 bilion.

Ia bercanggah dengan dakwaan bahawa Kerajaan Terengganu sekadar mendapat kira-kira RM4 bilion sahaja manakala selebihnya seolah-olah lesap tanpa diketahui umum. Malah jumlah yang diterima itu dikatakan untuk projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Terengganu seperti Monsoon Cup yang berjumlah RM500 juta dan peruntukan Taman Tamadun Islam kira-kira RM259 juta.

Ini termasuk projek yang melibatkan belanja besar untuk Pulau Warisan berjumlah RM40 juta dan Pulau Bidong RM30 juta. Manakala Projek Benteng Pemecah Ombak meningkat dari perancangan asal RM367 juta kepada RM409 juta. Selain itu pembinaan Kompleks Sukan Gong Badak meningkat sejumlah RM182 iaitu dari RM362 juta mencecah sehingga RM544juta!

Sokong dakwaan

Mengulas lanjut isu ini, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad menyatakan PAS mempunyai data-data tertentu yang menyokong dakwaan bahawa royalti minyak sebenarnya tidak dikembalikan sepenuhnya secara telus. Dan oleh itu, pentas debat dikira wajar untuk kedua-dua pihak, PAS dan BN, menjelaskan situasi sebenar kepada rakyat Terengganu.

"Cadangan debat ini bukan didorong oleh faktor 'political mileage' tetapi PAS mahu membela hak dan nasib rakyat Terengganu yang dinafikan daripada menikmati royalti minyak terbabit.

"Sepatutnya royalti mestilah dibuktikan dengan kemasukan atau mekanisme tertentu, yang menunjukkan adanya bayaran kepada kerajaan negeri. Setakat yang ada hanyalah sebutan-sebutan oleh pemimpin dan cek-cek replika demi meraih sokongan rakyat untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu," kata Dr Dzulkifli, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau mempersoalkan bagaimana RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain sedangkan royalti tersebut adalah hak rakyat Terengganu.

Beliau juga menyangkal kenyataan pemimpin BN bahawa royalti tersebut digunakan untuk perbelanjaan kemudahan asas seperti jalan raya dan jambatan di Terengganu. Ini kerana pembinaan infrastruktur terbabit adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat untuk menguruskan perbelanjaannya melalui kementerian tertentu dan bukannya dengan menggunakan royalti minyak.

"Jika benar royalti minyak dikembalikan, kenapakah hutang negeri Terengganu meningkat dari tahun ke setahun?" katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Alor Limbat, Terengganu baru-baru ini.

Jelasnya, pada tahun 2006, Terengganu berhutang sejumlah RM903 juta dengan kerajaan Pusat dan RM937 juta pada tahun berikutnya (2007) manakala tahun lalu sudah mencecah RM976 juta. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa royalti minyak tidak dikembalikan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Dua faktor utama menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati royalti minyak sewajarnya adalah disebabkan oleh salah-guna kuasa oleh Kerajaan Pusat dan salah tadbir serta urus kewangan kerajaan negeri di bawah BN, kata Dr Dzulkifli.

Audit semula

Justeru, untuk memastikan royalti minyak benar-benar dikembalikan adalah dengan menubuhkan jawatankuasa induk atau bersifat seperti sebuah suruhanjaya untuk memperhalusi, menyiasat dan mengaudit semula segala perbelanjaan dan peruntukan yang dikaitkan dengan royalti minyak.

Dengan itu rakyat dapat mengetahui kedudukan yang sebenar. Langkah awal yang praktikal ialah kedua-dua calon wajar menyahut cabaran untuk berdebat.

"Kita menganggap penolakan Wan Farid tidak menyertai debat disebabkan beliau tidak bersedia menjawab hujah yang dikemukakan oleh rakyat dan PAS.

"Selain tidak bersedia menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat ketirisan dan salah guna royalti minyak Terengganu kepada negeri-negeri lain dan projek yang tidak bermanfaat, baki selebihnya juga tidak sampai kepada rakyat dan negeri Terengganu secara sewajarnya," katanya.

Manakala Abdul Wahid Endut sentiasa lantang membangkit soal royalti minyak di sidang Dun selama ini. Beliau juga pernah mencabar Menteri Besar Dato' Ahmad Said menubuhkan jawatankuasa audit luar dan dalaman bagi memastikan ketelusan pembayaran royalti minyak.

"Jika benar royalti minyak dikembalikan, sudah pasti Terengganu tidak menduduki carta kedua teratas sebagai negeri termiskin berbanding lain-lain negeri yang tidak mempunyai sumber minyak," kata Dr Dzulkifli. _