Wednesday, December 9, 2009

Zunar kartunkan krisis politik Perak

Kartunis kontroversi, pemimpin majalah Gedung Kartun yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), melancarkan karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.
"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan KDN kerana itu bukanlah matlamat kami."Matlamat kami adalah menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini termasuk kartunis," katanya ketika mengumumkan karya itu di pejabatnya hari ini.

Buku setebal 80 muka surat itu hasil usaha enam kartunis – Ronasina (atau, Mohd Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orangorang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar) – yang diketuai kartunis popular dan berpengalaman luas itu.Karya itu mensatirakan krisis politik di Perak sejak rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat oleh BN awal Februari lalu sebagai fokus utamanya, selain sumbangan beberapa penulis seperti Sasterawan Negera Datuk A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish A Noor dan juga penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais.
Perak Darul Kartun memuatkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mundar-mandir dalam kegelisahan sambil menyebut perkataan "bala, bala" apabila menyedari penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat dakwaan baru terhadap adiknya Datuk Mohamed Nazim dan isterinya Rosmah Mansor. Balasubramaniam, mencipta kontroversi awal Julai tahun lalu, apabila menarik balik dalam tempoh 24 jam tuduhan awalnya bahawa Najib berskandal dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh 2006.
Buku humor itu juga memaparkan karikatur pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan untuk menahan penceramah agama – dipercayai mensatirakan kes penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, awal November lalu.Selain itu, ia turut menyindir bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, ADUN Bagan Pinang yang menang baru-baru ini dengan menggambarkan beliau sebagai "statue of liability" – satira 'statue of liberty' di New York – yang mejulang wang sambil memegang "kitab rasuah teknikal" Umno.
Selain itu, buku ini juga melanjutkan siri nostalgia era Gerakan Reformasi 1998 seperti yang dimuatkan dalam Gedung Kartun. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli politik lain yang disinggung termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Tian Chua.

Pada 25 Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa KDN menyerbu pejabat majalah Gedung Kartun di Brickfields, Kuala Lumpur susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir keras perdana menteri.KDN beberapa hari kemudian turut menyerbu syarikat percetakannya di Seri Kembangan, Serdang susulan penerbitannya yang, antaranya, memaparkan gelagat Najib yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.Dalam sidang media di pejabat itu juga, Zunar berkata 10,000 naskhah buku ini sudah diedarkan sejak kelmarin dengan harga RM10 seunit dan merancang menerbitkan siri buku humor tersebut setiap bulan dengan fokus dan nama berbeza.Tambahnya, ia juga boleh dibeli melalui laman web cartoonkafe.com yang diuruskan oleh syarikatnya.
Ditanya mengenai hasil penjualan Gedung Kartun, Zunar berkata sambutan terhadap majalah tersebut "sangat memuaskan".Zunar berkata, pihaknya terpaksa mencetak 5,000 naskhah lagi selepas 10,000 naskhah awal habis dijual.Diminta mengulas sama ada beliau masih ingin memohon permit KDN, beliau berkata, pihaknya akan terus berbuat demikian dan "terpulanglah kepada KDN untuk memberi atau tidak.""Isu sekarang, bukan (kami) tidak minta, tetapi kita minta, tapi tidak diberi.
Kalau tidak minta (permit) langsung, memang betul (tidak akan diberi). "Saya rasa cara meminta permit, sudah lapuk. Ia dijadikan hak prerogatif oleh KDN, iaitu terpulang kepada KDN hendak beri atau tidak. Alasan tidak pula diberitahu," katanya lagi.Zunar baru-baru ini mengeluarkan 1Funny Malaysia, himpunan karikaturnya yang disiarkan di laman web Malaysiakini. Ia dijual dengan harga RM20 di pejabat akhbar web itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Tuesday, November 10, 2009

Hasan terima surat tunjuk sebab

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui telah menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa disiplin parti berhubung beberapa isu kontroversi di negeri itu.

Ditemui wartawan selepas pembentangan bajet di DUN Selangor hari ini, beliau yang juga exco hal-ehwal agama Selangor mengesahkan telah menerima surat tersebut semalam.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05ADUN Gombak Setia, yang enggan mengulas kandungan surat berkenaan, bagaimanapun berkata beliau akan memberi jawapan kepada jawatankuasa tersebut dalam bentuk bertulis.

"Tidak perlu tahulah, itu hal dalaman parti," katanya di lobi bangunan DUN Selangor petang ini.

"Apa yang diminta itulah saya akan kemukakan. Selepas itu, terserah kepada jawatankuasa disiplin."

Jelasnya, beliau tidak bimbang dengan keputusan yang bakal diambil oleh jawatankuasa berkenaan.

"Perkara itu bukan susah sangat, benda yang nak dijawab itu sudah jelas.

"Tidak ada apa yang saya rasa ada keraguan atau kebimbangan. Benda ini biasa," katanya lagi.

Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini dilaporkan berkata surat tunjuk sebab itu dihantar kepada Dr Hasan dan beberapa lagi pemimpin.

Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober lalu yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.

Jika didapati bersalah, Dr Hasan boleh dikenakan tindakan penggantungan keahliannya dalam PAS atau dipecat daripada parti itu, Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru-baru ini susulan kemerosotan undi parti pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kenyataan Dr Hasan itu yang dianggap negatif, antaranya, melibatkan isu jualan minuman beralkohol dan siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Thursday, November 5, 2009

Asri: PGSM janji mohon maaf, tarik balik tuduhan

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah memberi jaminan bertulis untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.

Katanya, jaminan bertulis itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya oleh Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip selepas pertemuan dua jam di sebuah hotel di ibunegara petang semalam.Dr Mohd Asri berkata, jaminan bertulis itu juga turut ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi halehwal Islam, Datuk Mohamad Jamil Khir Baharum sebagai saksi.Katanya, pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz turut menghadiri pertemuan tersebut.
Menurutnya lagi, beliau akan menunggu PGSM memohon maaf secara terbuka kepadanya dengan disiarkan dalam lamanweb rasmi persatuan tersebut dan melalui saluran media yang lain.Bercakap kepada pemberita selepas satu forum di Pulau Pinang malam tadi, Dr Mohd Asri berkata sekiranya persatuan tersebut memohon maaf dan menarik balik semua tuduhannya terhadapnya, maka beliau bersedia memaafkan mereka.
Ditanya sama ada beliau akan meneruskan tindakan menyaman PGSM jika persatuan itu gagal berbuat demikian, Dr Mohd Asi berkata beliau akan tunggu dan lihat apa pula alasan mereka, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, beliau percaya, PGSM akan mengotai jaminan bertulisnya untuk berbuat demikian.Sebagai sebuah persatuan Islam yang mewakili peguam Islam, Dr Mohd Asri percaya PGSM akan mengotai janjinya.Sebelum itu, PGSM telah menghantar memorandum - yang disokong oleh 13 NGO Islam - kepada Yang di-Pertuan Agong membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Mereka membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri ke jawatan tersebut atas alasan beliau telah menghina beberapa ulama Islam.Berikutan itu, Asri telah menggesa persatuan tersebut mengemukakan bukti yang beliau telah menghina ulama besar Islam seperti Imam Nawawi, Imam Bukhari dan Imam Ghazali.Dr Mohd Asri berkata, presiden PGSM telah menemuinya hari ini untuk mencari penyelesaian berhubung perkara tersebut.Dalam pertemuan tersebut atas inisiatif menteri berkenaan, Dr Mohd Asri berkata, beliau menuntut permohonan maaf secara terbuka dan semua tuduhan terhadapnya ditarik balik.
Katanya, ini kerana semua tuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak masuk akal serta berunsur fitnah terhadapnya.Sementara itu, katanya, Wan Sheikh pula menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan seorang pegawainya, Zamihan Mat Zain, mempertikaikan ketulenan ijazah sarjana muda bekas mufti Perlis itu dari Universiti Jordan, bukanlah pandangan Jakim."Ketua pengarah Jakim itu memberitahu saya bahawa Zamihan bercakap atas kapasiti peribadinya," kata Dr Mohd Asri.

Sunday, November 1, 2009

Pulihkan segera keyakinan terhadap sistem kehakiman, SPRM dan polis

Gerakan - salah sebuah parti komponen BN - menegaskan bahawa amat perlunya pemulihan secepat mungkin keyakinan rakyat terhadap tiga institusi utama dalam kerajaan - sistem kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata langkan itu amat perlu selain daripada memperbaiki sistem penyampaian sektor awam.

Berucap di persidangan perwakilan nasional Gerakan ke-38 di ibunegara hari ini, beliau berkata, penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman (JAC) satu permulaan yang baik.

"Kami juga mengalu-alukan tindakan Ketua Hakim Negara baru-baru ini dalam menambahbaikkan prosedur mahkamah dan bercadang menyingkir hakim-hakim yang berprestasi rendah.

"Walau apapun, banyak lagi harus dilakukan," tambah Dr Koh. Persidangan tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Koh berkata, dengan program transformasi kerajaan (GTP) memberi fokus kepada pencegahan gejala rasuah dan jenayah sebagai dua bidang keberhasilan utama nasional (N-KRA) yang penting, institusi seperti SPRM dan Polis harus belajar dari insiden dan persepsi negatif terhadap pendakwaan yang tidak berkesan atau memilih bulu, secara cepat dan berkesan dan memulihkan kredibiliti dan kecekapan institusi di mata rakyat.

"Bagaimanapun, untuk memerangi rasuah dan jenayah memerlukan kesanggupan politik. Gerakan mengaku janji akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dan pucuk kepimpinan Barisan Nasional dalam usaha untuk memerangi rasuah dan jenayah," tegasnya.

Beliau berkata, apa yang berkaitan rapat dengan isu rasuah ialah keberkesanan tanggungjawab dan ketelusan kerajaan secara umum.

Laporan ketua audit

"Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang mendedahkan pembaziran dan ketirisan yang begitu ketara, serta kos yang melebihi had, kecacatan dalam infrastruktur dan bangunan Kerajaan dan lain-lain, Gerakan menggesa supaya siasatan yang menyeluruh dan tindakan keras perlu diambil.

Di sebaliknya, terdapat pula beberapa contoh kecemerlangan, misalnya, Jabatan Imigresen sanggup mengeluarkan pasport dalam tempoh masa tiga jam yang kini merupakan satu rekod dunia.

"Sekiranya Jabatan Imigresen dapat meraih pencapaian ini, tidak ada sebab mengapa jabatan-jabatan lain tidak dapat meraih kejayaan serupa," katanya.

Dr Koh berkata, selain penyampaian dan perkhidmatan yang cepat, rakyat juga mengharapkan dan menuntut layanan yang saksama, mesra, bersopan santun dan memberi hormat.

Katanya, slogan 'rakyat didahulukan' bukan sahaja untuk menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat, tetapi adalah untuk memenangkan hati rakyat.

"Ia bukan sahaja untuk mencapai kesan hasil yang cepat, tetapi juga untuk memberi layanan yang baik. Oleh kerana majoriti kakitangan sektor awam, termasuk pegawai-pegawai penguatkuasaan, adalah orang Melayu, layanan yang tidak adil atau kurang sopan selalunya dipandang sebagai amalan perkauman.

"Sehubungan itu, selain dari memperbaiki keberkesanan dan kesantunan, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk memastikan campuran kumpulan etnik yang sihat wujud dalam sektor awam. Sesungguhnya, Perkhidmatan Awam Malaysia hendaklah benar-benar Perkhidmatan Awam 1Malaysia," tambahnya.

Dalam ucapannya itu, Dr Koh turut menyentuhkan soal cabaran besar yang dihadapi kerajaan dan BN, hatuju parti Gerakan, isu ekonomi dan perpaduan kaum.

Berikut adalah sedutan teks ucapan Dr Koh:

Sepertimana yang kita sedari, kita kini berada dalam satu era yang penuh dengan rentetan perubahan serta cabaran-cabaran besar. Dalam dua tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan kekecamukan ekonomi dan politik yang melanda negara-negara di serata pelusuk dunia, dan ini dikalutkan lagi oleh tragedi-tragedi bencana alam dan penularan penyakit yang menggugat insan. Sesungguhnya, era ini amatlah mencabar bagi ramai orang dan banyak kerajaan di seluruh dunia. Kerajaan di banyak negara berhempas pulas untuk menangani kehendak-kehendak rakyat di mana sikap kritikal terhadap kerajaan lahir dari golongan masyarakat yang kini lebih berpelajaran dan bermaklumat. Perubahan politik sudah melanda beberapa negara dan Malaysia tidak terkecuali. Cara lama yang pada suatu ketika dahulu sememangnya berhasil bahkan pernah menyampaikan "keajaiban" tidak lagi berkesan pada masa kini dan di masa hadapan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, kerajaan gabungan seperti kita harus bersedia untuk berubah atau bersedia untuk diubah. Malah, kita tidak mempunyai pilihan selain dari berubah, dengan seberapa segera, untuk kepentingan rakyat Malaysia, bukanlah untuk kita sendiri.

Dalam ucaptama saya di persidangan kita pada tahun lepas, ekoran dari suara rintihan ramai anggota masyarakat dan parti, saya telah menggesa supaya lebih banyak pembaharuan diperkenal dan dilaksanakan, selain apa yang telah dimulakan pada masa itu. Pembaharuan-pembaharuan yang disebut termasuklah pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dan kesaksamaan pendapatan yang lebih baik; integriti yang lebih kukuh, keberkesanan dan ketelusan dalam Kerajaan; keamanan dan keselamatan untuk semua; keharmonian antara agama dan perpaduan antara etnik yang lebih kukuh; serta ruang demokratik yang lebih besar. Kami amat bergembira dan bersyukur kerana banyak permintaan yang disebutkan tadi sedang ditangani melalui beberapa pengumuman yang dibuat dan tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri yang baru dalam tempoh tujuh bulan yang lalu. Perubahan ini telah dilahir dan berpandukan kepada semangat dan komitmen "1Malaysia, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan." Sudah sampai masanya untuk tindakan dan penyampaian hasil-hasil yang nyata dan benar.sumber

Thursday, October 29, 2009

ADUN keempat keluar PKR..memang ahli pkr tak boleh dipercayaai

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos. ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Sidang akhbar Badrul Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Badrul Hisham berkata keputusan beliau keluar PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan meletak jawatan, kerana menurutnya, PKR tidak boleh memaksanya berbuat demikian.Sebaliknya, Badrul Hisham berkata beliau adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.Badrul juga menafikan beliau terbabit dalam kemalangan dan sedang menjalani rawatan psikitrik sehingga tidak mampu menjaga kawasan pilihan rayanya.Badrul menuding jari kepada Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwanya turut mencabar kapasiti mentalnya.Beliau yang membaca kenyataan yang telah disediakan berkata tindakan Khalid itu, sebagai seorang ketua PKR, adalah tidak bermoral.Badrul juga menafikan bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab dari Khalid.
Sebaliknya, beliau mendakwa telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 2 September.Badrul berkata, beliau ada pengesahan penerimaan surat jawapan itu dari pejabat Khalid serta setiausaha agung PKR.Oleh itu, katanya, menteri besar Selangor itu tidak ada hak untuk membuat tuduhan seumpama itu.
Dalam sidang akhbar itu, Badrul ditemani oleh isterinya yang berkaca mata hitam dan bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli yang rapat dengan bekas ketua Pemuda PKR yang kini menyerta Umno, Mohd Ezam Noor.Badrul mengadakan sidang akhr itu beberapa jam selepas Khalid mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul melepaskan jawatan ADUN kerana didakwa prestasinya tidak baik.

Saturday, October 24, 2009

Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka. sumber

Nasharudin mahu dapatkan penjelasan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mahu mendapatkan penjelasan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan dalam blognya mengenai cadangan agar diadakan muktamar khas bagi membincangkan beberapa isu melibatkan beberapa pimpinan parti.

Nasharuddin ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, cadangan diadakan muktamar khas itu merupakan pandangan peribadi Nik Aziz dan sesiapa pun dalam parti berhak mengeluarkan pandangan masing-masing.

Namun ujarnya, sebarang keputusan yang melibatkan dasar parti tidak boleh dibuat secara individu sebaliknya perlu dibincangkan dalam mesyuarat.

"Presiden tak boleh buat keptusan, timbalan presiden pun tak boleh mengubah dasar parti hanya kerana pandangan individu. Seseorang itu bebas memberikan pandangan tapi untuk melakukan perkara besar, perlukan keputusan dalam syura,"ujarnya kepada pemberita di lobi parlimen selepas pembentangan bajet 2010 di dewan rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz dalam blognya menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis Menteri BEsar Kelantan itu dalam blognya.

Ekoran itu, Nik Aziz mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi memberi peluang kepada perwakilan membuat keputusan yang menentukan haluan parti ekoran beberapa pimpinan yang dianggap mendatangkan masalah kepada parti.

Tulisan itu juga sebagai mengulas mengenai analisis ahli akedemik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Aziz BAri yang mengaitkan kekalahan PAS di Bagan Pinang dengan krisis di Selangor yang melibatkan Dr Hassan Ali berhubung jualan arak di negeri itu dan kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan dan Kebertanggungjwaban (Selcat.)

Aziz juga mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang tidak membuat sebarang kenyataan terhadap isu melibatkan Hassan itu sehingga menyimpulkan sikap sedemikian dengan perwatakan negatif bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Nasha berkata, cadangan Nik Aziz itu perlu dibawa ke dalam mesyuarat supaya beliau dapat membentangkan secara terperinci mengenainya.

"Saya berpegang kepada prinsip, kita ada cara dan kaedah untuk menentukan sesuatu perubahan yang melibatkan dasar parti.

"Sebab parti ini milik ahli yg bermuktamar setiap tahun dan memang ada peruntukan di dalam perlembagaan PAS tentang muktamar khas dan sebagainya tapi kita ingin dapat penjelasan apa yang dimaksudkan tok guru dalam tulisan tersebut.

Thursday, October 15, 2009

Hassan, dikenang pejuang terbilang

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

ImageBaginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.

Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam tidak akan susah...

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.

"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS.

"Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

Bajet: Bantu miskin luar bandar

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak digesa supaya menyalurkan lebih banyak peruntukan ke kawasan luar bandar dalam bajet yang bakal dibentangkan minggu depan.

"Jangan lupakan orang yang miskin ini yang merupakan orang Melayu," kata wakil Perlis, Ahmad Bakri Ali. "Umno harus libatkan agensi-agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra, harus diberi kelonggaran untuk salur bantuan kepada orang Melayu miskin di luar bandar."Kena beri ikan dulu baru ajak depa pergi mengail," kata Ahmad Bakri.

Sebelum itu, wakil Pulau Pinang, Mohd Safri Abd Aziz menggesa Umno supaya menubuhkan satu yayasan khas untuk memberi bantuan kepada ahli-ahlinya.Katanya, saluran bantuan melalui mekanisme sedia ada tidak dapat dimanfaat sepenuhnya kerana banyak daripada yayasan tersebut didaftar di bawah nama individu atau organisasi tertentu.

"Kalau ada yayasan, semua akan dapat. Yayasan dah banyak, tapi yayasan ini semuanya bergerak atas nama individu atau organisasi."Jelasnya, ahli-ahli Umno termasuk pemimpinnya sendiri masih perlu dibantu.

"Ada ketua bahagian yang isi borang biasiswa untuk anak orang lain, tapi anak sendiri tak dapat biasiswa. Ada yang isi borang beri beras kepada orang miskini, tetapi rumah sendiri tak ada beras," katanya.

"Kalau isi nama sendiri untuk dapatkan beras, nanti orang kata, ketua bahagian ambil kesempatan pula," katanya lagi.Wakil Selangor pula selepas itu berkata kerajaan juga perlu menghentikan penyaluran peruntukan pembangunan kepada kawasan parlimen dan DUN yang dikuasai pembangkang.

"Kami minta kerajaan pusat kurangkan peruntukan bina infrastruktur kepada Selangor, sebaliknya lebihkan peruntukan bantuan sosial rakyat."Bila berlaku bencana, mereka (Pakatan Rakyat) segera hulurkan bantuan. Mereka lebih tumpukan kepada keperluan sosial rakyat berbanding infrastruktur," kata Abdul Shukur Idrus.

"Hanya kawasan yang dimenangi Umno saja (patut) diberikan (peruntukan untuk pembangunan) supaya boleh dibandingkan bagaimana BN bekerja berbanding Pakatan Rakyat," kata Abdul Shukur Idrus.Jelasnya, tindakan seperti itu akan membolehkan rakyat balik menyokong Umno di negeri itu.

Selama ini, katanya, Pakatan Rakyat di negeri itu dilihat berjaya memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat yang ditimpa kesusahan, berbanding bantuan yang disalurkan Umno."Bila berlaku kematian warga emas, kerajaan (Selangor) bagi RM1,000 secara automatik. Kita bagi juga, tapi cuma RM300. Lepas isi borang dapat lagi 1,500 ringgit (daripada kerajaan Selangor).

"Selepas ini boleh arahkan agensi kerajaan untuk beri bantuan kepada ketua bahagian. Kena turun dengan duit sekali supaya boleh kukuhkan pimpinan."

Monday, September 28, 2009

Imam bukan Wahabi ditukar?

Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.

Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Menurut sumber, fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis.

Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.

'Tidak beri alasan pertukaran'

Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis.

"Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya.

"Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.

Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini.

Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid.

Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.

Penduduk hantar memo


Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.

Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.

Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dalam Islam.sumber

Tuesday, September 15, 2009

khir toyo Saya tidak sembunyi apa-apa

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak berniat menyembunyikan sesuatu.

"Saya sudah berikan kerjasama penuh. Saya berikan bil-bil yang diminta," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya tiada apa hendak disembunyikan. Dan ini bukan kali pertama saya dipanggil. (Tetapi) sudah empat, lima kali."

Ketua pembangkang Selangor diminta mengulas siasatan SPRM selama enam jam berhubung lawatannya bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad ke Maghribi pada 2004 dan isu pembinaan banglo mewahnya di Seksyen 7 Shah Alam yang menjadi kontroversi Julai lalu (foto bawah).

Menjelaskan tempoh masa siasatan itu, Dr Mohamad Khir berkata: "Tidak sampai enam jam, (cuma) campur dengan sembang-sembang."

Beliau enggan menjelaskan lebih lanjut keterangannya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi semalam kerana perkara itu masih lagi dalam siasatan.

Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun menafikan disiasat berhubung penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke Amerika Syarikat seperti dilaporkan media.

"Tidak ada kena mengana dengan Balkis, cuma tentang lawatan ke Maghribi," katanya.

Tambahnya, beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu berhubung laporannya yang didakwa tidak tepat.

"Saya sudah hantar surat tuntutan (guaman). Kalau ia tidak jawab dalam masa 14 hari, kita failkan saman," katanya.

Beliau, yang juga ADUN Sungai Panjang, turut dilaporkan mengelak daripada wartawan dan jurugambar – selepas siasatan tersebut pada 2.30 petang – yang menunggu di lobi ibu pejabat SPRM dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Dr Mohamad Khir menafikannya dengan memberi alasan tidak tahu-menahu dengan kehadiran kumpulan petugas media yang menunggunya sejak dari jam 8 pagi.

"Saya tidak tahu ada wartawan tunggu. Kalau tidak, tentu saya buat sidang media di situ. Lagi pun, saya tidak berapa sihat. Saya demam," katanya, yang kini dilantik ketua pemikir Umno negeri dalam badan perhubungan parti itu.

"Jadi, saya parkir tempat paling dekat dengan lif di tingkat bawah tanahlah."

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan kes itu, Dr Mohd Khir berkata beliau tidak tahu.

Beliau juga menggesa pemimpin Pakatan di Selangor – antaranya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco kerajaan tempatan Ronnie Liu – agar tidak mencari pelbagai alasan daripada memberikan kerjasama kepada suruhanjaya itu.

"Kalau saya boleh pergi, kenapa (pemimpin) Pakatan tidak boleh? SPRM sentiasa profesional. Khalid, Ronnie Liu pun bila dipanggil, kena pergi. Jangan beri alasan.

"Kalau tidak salah, hendak takut apa?" kata Dr Mohamad Khir. sumber

Hormati hak dan kebebasan mengundi anggota keselamatan

PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabitkan kerahsiaan undi mereka
Anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab melalui undi pos pada masa ini dikatakan terancam dari sudut kerahsiaan undi mereka akibat beberapa prosidur mengundi yang ditetapkan SPR.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, anggota keselamatan harus diberi hak dan kebebasan untuk mengundi tanpa berasa terancam.
"Kita mengajak semua pihak termasuk SPR bersama memperjuangkan ke arah ujudnya satu ketelusan yang sepenuhnya terhadap anggota keselamatan."

"Sebarang kaedah yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan mengancam kerahsiaan undi anggota keselamatan, perlu dihapuskan sama sekali," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga ketua Pengarah Pilihan raya Pas Bagan Pinang berkata, selain desakan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), para anggota yang sudah bersara juga boleh memainkan peranan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pengundian pos yang pernah mereka lalui.

"saya juga minta bekas anggota keselamatan yang sudah bersara supaya berani tampil mengemukakan apa yang mereka rasa tidak kena dengan prosidur undi pos ini," katanya lagi.Image Sebelum ini Salahudin menyambut baik keputusan SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang pada hari cuti.

Menurutnya, ianya hasil perjuangan Pas selama ini yang tidak pernah berhenti menuntut supaya SPR tidak lagi menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja seperti di Manek Urai dan Pengkalan Pasir.

Penetapan itu juga akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang kecenderungan politik.
Justeru, beliau juga optimis Pas mampu menang di kerusi Dun tersebut jika jumlah keluar mengundi mencecah antara 70 hingga melebihi 80 peratus.

Pengundian pada tarikh tersebut diharapkan mampu memberi kelebihan kepada PAS apabila pengundi lebih senang pulang membuang undi tanpa perlu memohon cuti.
Bertemu SPR 28 Sept,Pas bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 Sept depan bagi membincang secara khusus berkaitan undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.Pertemuan itu antara lain memfokuskan kepada prosidur mengundi yang dilihat memberi ancaman kepada anggota, dan rantaian keselamatan peti undi sebelum hari penjumlahan.

ImageKetua pengarah Operasi Pilihan raya Pas Bagan Pinang, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, ancaman pengundian ujud pada prosidur di mana setiap anggota diminta memasukkan kedua dua sampul borang kehadiran mengundi dan sampul kertas undi ke dalam satu sampul lain sebelum diletakkan dalam beg peti undi.

"Ini satu bentuk ancaman kepada anggota, bila boring kehadiran dilettakkan bersama kertas undi, bermakna kerahsiaan undi mereka dicabuli."Ini yang kita akan bincang dengan SPR," katanya kepada harakahdaily.Pemuda pakatan dahului serahan memorandum

Sementara itu, pemuda pakatan rakyat juag akan menghantar satu memorandum kepada SPR berhubung perkara sama pasa 17 Sept ini.Image Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos pemuda pakatan, Suhaizan kayat berkata, memorandum berkenaan bagi mendesak SPR memansuhkan Borang 2 undi pos yang mengandungi maklumat anggota yang mengundi.

Selain itu, mereka juga akan mendesak supaya SPR memberi ruang kepada calon bertanding untuk bertemu para pengundi pos khususnya memasuki kem-kem mereka.

"Calon perlu diberi peluang bertemu pengundi dalam kem. Di pihak kerajaan, mereka menggunakan kementerian pertahanan dan agensi kerajaan lain untuk masuk 'berkempen'. Kita pula tidak dibenar langsung, ini tidak adil," katanya.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, ditetapkan 11 Oktober depan.Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi dan 4,604 adalah pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.

Wednesday, September 9, 2009

rundingan pas dengan umno-nik aziz


Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik jika Perdana Menteri mahu berunding dengan PAS untuk membolehkan royalti minyak diberikan kepada Kelantan.

Tetapi, beliau menolak rundingan politik antara PAS dengan Umno dan menyifatkan ianya perkara lama."Itu (royalti) memang hak Kelantan, cuma nak tentu bila ahli Parlimen kita pergi Kuala Lumpur bolehlah runding," katanya kepada wartawan semalam.

Nik Aziz ketika diminta memberi respon berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini, menegaskan rundingan itu tidak perlu sama sekali sebaliknya Umno harus menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.Beliau juga menyifatkan pelawaan Najib itu sebagai isu lama yang sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

"Itu cerita lama. Nak berunding apa lagi? Kalau nak jaga Islam lebih baik dia (Umno) buat sebagaimana yang disebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar nampak yang kita ni ikhlas dengan Islam," tegasnya.

Kata Nik Aziz, Kelantan di bawah pemerintahan PAS sudah hampir 20 tahun mengamalkan dasar Islam dan berjaya mendidik rakyat untuk menuruti ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw.Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu sengaja ditimbulkan Najib menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan untuk mengumpan rakyat.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya, Azman Mohd. Nor, 52, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini Jumaat lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham Azman menang selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi."Boleh jadi isu ini timbul sekarang ini sebagai umpan pilihanraya," katanya.Dalam hal pilihan raya ini, beliau yakin PAS akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil itu namun perkara itu akan diputuskan di peringkat Pusat.

Nik Aziz berkata, adalah penting untuk PAS bertanding kerana pilihanraya merupakan satu medan untuk parti itu menyebarkan dakwah Islam melalui kempennya. Oleh itu ujarnya, PAS tidak harus melepaskan peluang untuk menegakkan ajaran Islam."Kita tunggu keputusan PAS pusat dan saya pun belum dimaklumkan," katanya.

"Tapi setiap kali berlakunya pilihanraya kita akan masuk kerana PAS ni bawak Islam di seluruh dunia. Jadi di mana sahaja ada ruang untuk sebar Islam, kita akan guna. Bila ada pilihanraya, kita boleh sampaikan ISlam melalui ceramah dan kempen kita," katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana menyediakan peruntukan bagi pembangunan negeri ini, khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah wajar memandangkan ianya meupakan tanggungjawab kerajaan pusat."Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang memberi peruntukan dan telah menolong Kelantan dalam pelbagai bidang kerana itu adalah konsep federalisme.

"Kelantan walaupun di bawah PAS tak terlepas daripada Malaysia, jadi segala hasil dibahagikan ke seluruh negeri termasuk Kelantan," katanya.

Tuesday, September 8, 2009

kepala lembu: 12 dihadap ke mahkamah


Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung insiden perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Enam yang menghadapi tuduhan menghasut itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan senjaga lukakan perasaan penganut Hindu".

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu

Mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga RM5,000.

Sebelum itu, pihak pendakwa memohon supaya mahkamah menetapkan ikatjamin RM15,000 tiap seorang, manakala peguam mereka Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi meminta ia dikurangkan kepada masing-masing RM500.

Hakim Hasbi Hassan kemudiannya menetapkan ikatjamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 21 Oktober.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta polis.

Kesemuanya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Norkamilah Aziz membenarkan ikatjamin masing-masing RM300 dengan seorang penjamin bagi enam orang yang turut menghadapi tuduhan menghasut.

Manakala ikatjamin bagi enam orang lagi yang menghadapi tuduhan perhimpunan haram, ditetapkan masing-masing sebanyak RM300 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut pada 21 Oktober.

Mereka adalah sebahagian daripada mereka yang menyertai protes tersebut kerana membantah keputusan kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun, dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sebelum itu, kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula.

Mereka memberitahu media "kami tidak bersalah" dan kami datang dengan satu hati".

Dua belas orang tersebut akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haramsumber


Monday, September 7, 2009

menunaikan zakat dapat membersihkan jiwa dan harta

Kemungkinan berlaku sesuatu musibah terhadap harta benda adalah disebabkan tidak membayar zakat. Salah satu cara menyelamatkan dan 'membersihkan' harta masing-masing adalah dengan menunaikan kewajipan itu termasuk bersedekah.

Demikian antara pandangan penceramah Lembaga Zakat Selangor Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam mengupas fadhilat, kelebihan dan persoalan asas berhubung kewajipan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Ramadan kepada warga kerja Harakahdaily dan Siasah di pejabat media itu tengah hari semalam.

Selain itu menjelaskan kedudukan, Hamizul memberitahu bahawa zakat adalah sah dilakukan secara persendirian namun ianya tidak afdal.

"Lebih baik disalurkan kepada agensi yang berwajib bagi memastikan ianya disampaikan secara sistematik kepada lapan asnaf yang layak.

"Kalau nak sampaikan sendiri, mesti kadarnya mencukupi keperluan asnaf terbabit," katanya sambil memahami persoalan 'sampai' ataupun 'tidak' kepada mereka yang layak menerima zakat.

Baginya, jikalah berlaku sebarang kepincangan atau ketidaktelusan dalam penyampaian zakat itu, maka beban tanggungan tidak terletak lagi kepada si pemberi zakat.

"Kita beri pada amil zakat kita. Tanggungjawab kita sudah selesai. Sama ada amil amanah ataupun tidak, itu bukan alasan untuk kita tidak mengeluarkan zakat. Itu dia yang tanggung nanti," katanya dan mengakui turut menerima banyak aduan dan masalah berhubung pandangan itu.

Tambahnya lagi, zakat wajarlah dikeluarkan di kawasan tempat seseorang itu mencari rezeki ataupun 'mencipta' kekayaan kerana konsep, 'memulangkan' kembali kekayaan kepada golongan yang layak di kawasan tempat mencari rezeki.

"Tapi kalau nak beri zakat di kampung halaman dan kepada orang miskin, silakan...boleh juga tetapi tidak afdal," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kepentingan zakat yang telah disebutkan sebanyak 32 kali dalam al-Quran dan 26 kali diantaranya penyebutannya bersamaan dengan kata solat, ini suatu indikasi bahawa zakat sama penting seperti solat.

"Selain konsep syukur dan mematuhi perintah Allah swt, ianya untuk membersihkan harta atau kekayaan yang dimiliki dari hak orang lain. Dalam harta kita itu, ada hak kepunyaan orang lain," jelasnya.

Hamizul turut memperincikan golongan yang lain menerima zakat iaitu terdiri daripada lapan asnaf seperti fakir, miskin, amil menerima zakat, muallaf, hamba yang merdeka, orang yang berhutang, orang ke jalan Allah seperti belajar dan orang yang terputus perbelanjaan ketika musafir.

Katanya ramai yang salah tanggap bahawa, lapan asnaf ini mestilah terdiri daripada orang miskin adalah salah kerana hanya dua kategori sahaja yang membicara status kedudukan kekayaan seseorang iaitu asnaf fakir dan asnaf miskin.

"Itu sebab, ada pemberian yang kita beri kepada asnaf-asnaf terbabit dan mereka terdiri daripada orang berada dan ramai yang memandang serong hal ini sedangkan ianya memang dibolehkan.

"Umpamanya, memberi pemberian zakat kepada yang muallaf sedangkan dirinya memang kaya. Ini memang dibolehkan. Tidak semetinya memberi zakat kepada orang miskin sahaja. Sila rujuk ciri-ciri asnaf terbabit," katanya menjelaskan kekeliruan.

Selain itu, Hamizul menjelaskan bahawa kutipan zakat yang diterima mestilah diagihkan pada tahun semasa dan tidak dibawa ke tahun berikutnya.

Turut menarik perhatian, dalam tazkirah itu ialah penjelasan berhubung zakat pendapatan yang rata-rata umat Islam masih kabur tentang kewajipannnya.

"Zakat pendapatan juga diistilahkan sebagai zakat al-mal al-mustafad, iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional yang lain.

"Zakat pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi," katanya

Zakat itu juga turut dikenali sebagai upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, wang KWSP, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk pendapatan yang berasaskan kerjaya atau sebagai ahli professional, katanya.

Terdapat tiga kaedah mengira zakat pendapatan iaitu pertama, dikira daripada keseluruhan jumlah pendapatan seseorang terus dikeluarkan 2.5 peratus sebagai zakat.

Kaedah ini dirasakan agak membebankan, jsuteru ia langsung tidak mengambil kira aspek penggunaan dan saraan seseorang, kata Hamizul.

Kaedah kedua pula katanya iaitu boleh buat dahulu tolakan asas yang sudah ditetapkan contohnya iaitu diri sendiri RM8,000; isteri RM3,000; anak-anak RM1,000 seorang; pemberian kepada ibu bapa; caruman KWSP; caruman ke dalam akaun Tabung Haji dan setelah itu baru dikeluarkan zakat 2.5 peratus.

"Kaedah ketiga ialah mengira jumlah sebenar perbelanjaan asasi, iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pengangkutan dan pendidikan...barulah dikeluarkan zakat," katanya dan menyarankan kakitangan Harakahdaily dan Siasah melakukan zakat secara potongan gaji.

"Rukun zakat hanya dua iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta. Kerana itulah, kita boleh beri zakat melalui internet ataupun potongan gaji. Dan mudah-mudahan dengan kewajipan kita laksanakan, akan membersihkan jiwa dan harta kita.

Friday, September 4, 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Ramai ADUN Umno boikot Muhyiddin?


Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar tidak hadir di majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mantan menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha perhubungan negeri Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno bahagian Hulu Terengganu itu, lapor Bernama.

Ketika Umno negeri itu dilanda krisis berpanjangan, termasuk desas-desus sembilan wakil rakyatnya ingin melompat menyertai PKR untuk bergabung dengan lapan ADUN PAS, ketiadaan mereka menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya Datuk Ahmad Said, yang juga menteri besar, hadir di majlis yang disifatkan sangat penting itu.

Wednesday, September 2, 2009

NUJ kesal jurufoto ditangkap dan dikasari


Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya pagi tadi.Stanley ditugaskan untuk membuat liputan usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan hari ini, majlis eksekutif NUJ berkata Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang".

"NUJ juga tahu bahawa pihak polis berada di situ untuk menjaga undang-undang, tetapi jurugambar itu bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, NUJ menggesa pihak polis supaya tidak melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas mereka, terutama apabila pihak media juga perlu menjalankan tugas mereka.

rumah di Kpg Buah Pala diroboh


Sebuah rumah di Kampung Buah Pala dirobohkan pagi ini selepas pemiliknya bersetuju menerima pampasan dan menyerahkan kunci kepada pemaju.

Anggota polis mengawal ketat ketika kerja-kerja perobohan tersebut dijalankan.

Friday, August 28, 2009

Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri-Mahfuz

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar sumber

Thursday, August 27, 2009

bukti dasar kebangsaan Umno terus ditolak

Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.

Beliau ketika diminta mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.

ImageSehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."Katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekean kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

Thursday, August 20, 2009

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin

Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.sumber

Tuesday, August 18, 2009

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

ImageNampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah

Sunday, August 16, 2009

buat kecoh-gobalakrisnan ditahan

Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Thursday, August 13, 2009

Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai


Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing. Image

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.

Monday, August 3, 2009

Ekspedisi menuntut royalti Kelantan berlepas ke pelantar Cakrawala

Misi Ekspedisi Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Lautan China Selatan berlepas pagi ini dari pelabuhan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Rombongan yang diketuai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, berlepas dengan tiga buah bot.

Antara yang turut sama menyertai rombongan ialah Naib-Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan pengawai-pegawai kerajaan.

Perjalanan ke lokasi pengeluaran minyak dijangka memakan masa lebih 12 jam itu turut disertai wakil Harakah Wan Nordin Wan Yaacob dan Wan Mohd Zahari Wan Salleh. Jika tiada aral mereka dijangka tiba di pelantar kirakira jam 6 petang hari ini.

Sementara itu Wan Nordin dalam laporannya memberitahu, Husam ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Taklimat Ekspedisi ke Pelantar Minyak Cakrawala Kelantan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya membayar segera wang royalti sejumlah RM1 billion sebelum Ramadan ini.

Tegas beliau, Najib perlu memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi pertama Petronas, yang meminta Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.

Katanya, sebagaimana yang ditegaskan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantan mempunyai hak untuk mendapat royalti bagi pengeluaran petroleum di kawasan usaha sama di sempadan perairan Malaysia, Thailand dan Vietnam itu.

"Ini adalah misi moral (mewakili rakyat Kelantan) untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak melenggahkan bayaran royalti

korban ke 8 kes selsema babi H1N1

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor.

Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa yang mengalami radang paru-paru yang teruk akibat H1N1, meninggalkan dunia jam 11 malam tadi.

Mangsa pada mulanya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 27 Julai dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai.

Mangsa semakin teruk dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Seremban semalam.

Korban ketujuh Influenza A (H1N1) - seorang ibu yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu - juga meninggal dunia semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat.

Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini di Hospital Umum Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan kes kematian influenza A (H1N1) yang pertama di Sarawak.

Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa bencana dan bertindak negeri berkata wanita terbabit disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu, lapor Bernama.

"Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil," katanya kepada pemberita hari ini.

Dr Chan berkata, setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.

Katanya setakat ini masih terdapat lima sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, 17 kes baru dilaporkan - semuanya merupakan jangkitan tempatan.sumber

GMI ulas tangkapan 44 juvana

Walaupun Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengeluarkan panduan melarang juvana menyertai demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu, gabungan NGO itu bagaimanapun tidak dapat menghalang mereka hadir ke tempat awam, kata Pengarusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

"Kita tidak boleh hendak halang mereka ke tempat awam. Mungkin ada yang ikut ibu bapa mereka untuk membeli-belah," kata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penunjuk perasaan anti-ISA yang membawa anak-anak mereka bersama dalam demonstrasi besar kelmarin.

Dalam perhimpunan besar 20,000 orang itu, polis menahan 589 orang penunjuk perasaan termasuk 44 juvana di bawah umur 18 tahun.

Pada 28 Julai lalu, GMI mengeluarkan panduan kepada peserta demonstrasi itu, antaranya larangan membawa kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Mengulas tangkapan juvana itu, Syed Ibrahim menyifatkannya sebagai satu penganiayaan dan tidak berperikemanusiaan.

"Kanak-kanak di bawah tanggungjawab keluarga mereka. Jangan diapa-apakan kanak-kanak. Ini tidak, ditahan dalam lokap tanpa wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Sepatunya polis menggunakan budi bicara dan sifat perikemanusiaan," katanya.

Sementara itu, sebagai salah seorang daripada 11 orang yang dicari polis berhubung demonstrasi itu, Syed Ibrahim berkata, beliau akan memberikan kerjasama sekiranya dipanggil secara betul.

"Saya tidak ada apa hendak lari. Kalau mereka perlu panggil untuk siasatan, kalau ada notis yang betul, kita akan datang," tambahnya.

Setakat ini, katanya, beliau belum dihubungi polis bagi tujuan itu.

Kelmarin, polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan Sabtu lalu.sumber

Wednesday, July 29, 2009

Saya terjun daripada kapal yang bocor

Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat, " kata bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADIILan) .

Minatnya terhadap Pakatan Rakyat terus memuncak apabila melihat Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan gabungan tiga parti utama pembangkang yang sebelum ini agak retak setelah Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar kuku besi terhadap negeri yang dimenangi pembangkang.

Beliau ketika beceramah di An-Nahdhoh In, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh menambah, tohmahan daripada kempinan MCA dan BN memang diduga berikutan tindakannya melompat parti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Apa tidaknya tambah beliau, dalam keluarga MCA segala-galaya sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa.

"Tindakan mendedahkan kepincangan kerajaan ini bukan berniat untuk kepentingan diri sebaliknya menebus maruah ketika bersama BN dulunya, " ujar beliau diiringi tepukan orang ramai.

Kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) juga jelas Chua, menjadi faktor kenapa beliau meninggalkan MCA dan BN.

ISA patut dimansuhkan sebab tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi.

"Kerajaan sengaja tidak mahu mansuhkan akta tersebut demi menyelamatkan kedudukan pemerintah apabila mereka buntu berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang makin diterima rakyat,

Monday, July 27, 2009

umno sudah tak ada harga diri

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti Umno.

"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno,"kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.

"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).

"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz berkata, tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

"Tidak terdapat dalam Perlembagaan dan tidak terfikir pada akal fikiran manusia bahawa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya.

"Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?

"Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah Umno, apa perasaan mereka," katanya sambil menyifatkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi yang dilaung-laung bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri.

Oleh itu katanya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat mesti membantu Kerajaan Negeri, dan urusan membantu mana-mana Kerajaan Negeri bukan dilakukan dengan sukarela, tetapi melalui peruntukan Perlembagaan.

"Kalau dia (Kerajaan Pusat) tidak buat juga, kita gulinglah. Pandailah kita guling.

"Terbaru, ada Menteri yang tidak mengizinkan pegawai dia di Kelantan ini bekerjasama dengan Kementeriannya. Itu bukan sifat seorang Menteri,"katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dasar perjuangan Umno dan PAS memang selamanya tidak sama.

"Umno memang tidak serupa dengan PAS, bahkan pada setiap kali diadakan pilihan raya sama ada Pilihan Kecil atau Pilihan Raya Umum, Umno tetap melawan PAS.

"Kerana apa Umno melawan PAS, setiap tahun sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya besar sedangkan sekiranya di dunia ini tidak ada Umno, (andai kata), orang Melayu boleh hidup molek, bahkan Islam itu sendiri boleh berkembang dengan baik, tegasnya

Menteri Besar turut mengulas perkembangan mutakhir mengenai surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bertujuan untuk bermujadalah.

"Menerusi surat itu, saya bertanya dia kenapa Umno menolak Islam dan menggantikannya dengan 'Kebangsaan'.

"Dan kenapa Umno melawan PAS. Di mana tidak kenanya kedudukan PAS khususnya dari segi agama dan Perlembagaan. Di mana tidak kena kedudukan PAS dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga kini dia tidak jawab-jawab pun (surat itu)," katanya.

Dalam perkembangan politik semasa, beliau turut mengulas tindakan meninggalkan parti oleh anggota pimpinan Umno-BN termasuk mantan Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA Dato' Chua Jui Meng dan mantan Naib Presiden MIC, Dato'S S Subramaniam.

Kedua-dua mereka memasuki Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Terdahulu mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Dato' Zaid Ibrahim memasuki KeADILan.

"Insya-Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN," katanya.

Beliau mempertikaikan cadangan bekerjsama dengan Umno walaupun ada dakwaan bahawa dengan itu akan lebih memudahkan lagi kerjasama antara pemerintah.

"Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). "(Tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu," tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Sunday, July 26, 2009

Pemimpin Umno benar2 gila isu perpaduan Melayu

Lain yang dicakap, lain pula difahami. Itulah gambaran apabila pemimpin Umno tiba-tiba mengharap salam dihulur PAS benar-benar mencetus ke arah perpaduan Melayu.

Sedangkan apa yang diharap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerajaan pusat benar-benar memahami konsep federalisme, di mana menghormati hak negeri di bawah kerajaan persekutuan.

Itulah isu sebenarnya yang dinyatakan Menteri Besar Kelantan sebelum ini, jauh sekali daripada membicarakan soal hubungan di antara pemimpin Umno dan PAS.

Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

"Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

"Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan," katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Padang Majlis Daerah Dabong di Laloh penuh sesak dengan orang ramai mengikuti ceramah tersebut. Pada sebelah petang penduduk menikmati gulai kawah apabila enam ekor lembu dikorbankan.

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya KeADILan berkata, pemimpin Umno amat mengharapkan kerjasama di antara parti dan bukan sekadar antara kerajaan negeri dan pusat sehingga sanggup menyelewengkan kenyataan Menteri BEsar.

Di KOTA BHARU, Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Harun berkata, pemimpin Umno memahami di luar konteks kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Katanya, tidak pernah berbangkit soal kerjasama di antara PAS dan Umno kerana apa yang disebut Menteri Besar mengharapkan kerajaan pusat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

"Hak kerajaan negeri sebelum ini banyak dinafikan sejak hampir 20 tahun. Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan secara jelas bagi menafikan hak-hak kerajaan negeri.

"Dan terbaru pula royalti minyak kepada Kelantan cuba dinafikan kerajaan pusat secara sewenang-wenangnya, sedangkan sudah ada perjanjian royalti dibayar sebanyak 5 peratus kepada mana-mana negeri yang ada sumber petroleum dan gas," katanya.

Namun kata beliau apa yang berlaku sekarang pemimpin Umno cuba melencongkan kenyataan tersebut lebih jauh dengan menguar-uarkan kerjasama antara parti kononnya bagi mencapai matlamat perpapaduan Melayu.

Ramai pemimpin Umno mengharapkan kerjasama lebih terarah di antara parti dengan parti dan bukan sekadar antara kerajaan.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dilaporkan mahu pemimpin PAS melupakan sengketa dengan Umno.

Menurutnya beliau yakin Presiden dan Timbalan Presiden Umno bersedia berbincang mengenai perpaduan cuma bentuknya itu kita tidak tahu kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi.

Muhyiddin putar belit niat Nik Aziz

PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.
Justify Full
Reaksi Muhyiddin itu susulan kenyataan Nik Aziz kelmarin yang dilaporkan sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan persekutuan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Mengulas lanjut dakwaan manipulasi itu, Salahuddin berkata kenyataan Nik Aziz dibuat atas prinsip hubungan negeri dan persekutuan dalam sistem federalisme di Malaysia.

"Kita bercakap soal 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan). Saya tegaskan, PAS sedia berdialog berhubung isu Kelantan dan kerajaan pusat atas prinsip 'G to G'.

"Kenapa hendak sebut dalam mesyuarat MT, sepatutnya (disebut) dalam mesyuarat kabinet," katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang timbul - terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu - dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan Islam.

Muhyiddin pula dilaporkan memberikan reaksi bahawa mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.sumber