Tuesday, February 3, 2009

Umno amal agenda beli Adun sejak 1961

JERTEH, 4 Feb (Hrkh) - Isu yang berlaku di Perak sekarang bukan lagi perkara baru, sebaliknya merupakan kerja jahat yang diwarisi Umno sejak tahun 1961.

Peristiwa itu berlaku di Terengganu, di mana kerajaan PAS yang diketuai Allahyarham Daud Samad tumbang melalui undi tidak percaya dibawa Perikatan.
Sebelum itu PAS menubuh kerajaan di Terengganu melalui pilihan raya umum pertama pada 1959 dengan memenangi 13 dari 24 kerusi Dun, namun Perikatan membeli empat wakil rakyat PAS dengan pelbagai tawaran.

Perikatan pula memenangi tujuh kerusi dan empat kerusi dimenangi Parti Negara.
Dan akhirnya kerajaan negeri di bawah PAS tumbang melalui undi tidak percaya.
Manakala di Kelantan seramai lima wakil rakyat PAS dikurung selama sebulan pada 1968 bertujuan meruntuhkan kerajaan PAS, namun gagal.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang kini dikenali Mawe berkata, tindakan Umno 'menculik' dua Adun di Perak daripada �Parti Keadilan Rakyat KeADILan merupakan episod lama yang berulang.

Beliau berkata, tindakan mengurung� dua Adun Pakatan Rakyat�di Pekan, Pahang selama empat baru-baru ini membuktikan realiti jahat yang diwarisi Umno.
Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, mereka berbuat demkian bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tanpa melalui demokrasi dengan membeli Adun Pakatan Rakyat.

"PAS mempunyai pengalaman dalam hal pembelian wakil rakyat yang berlaku hampir 50 tahun lalu," katanya pada ceramah di Kampung Padang Luas Dalam dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menghilangkan diri beberapa hari dan difahamkan dikurung pemimpin Umno di Pahang.
"Semasa saya �berceramah di Perak bersama Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin beberapa hari lalu, saya menasihatnya bersabar di atas kejadian yang berlaku di Perak sekarang.

"Ini kerana kerja jahat seperti itu sudah diwarisi Umno sejak hampir 50 tahun lalu," ujarnya.
Anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir Terengganu memandangkan rakyat sekarang mempunyai kesedaran politik yang tinggi.
Menurutnya PAS akan mengulangi kejayaan memerintah negeri itu seperti berlaku pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi 28 daripada 32 kerusi Dun.
Abdul Wahid juga merakam ucapan terima kasih di atas sokongan semua pihak sehingga memberi kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu. �

Turut hadir pada program itu anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Setiausaha PAS Besut, Ustaz Mohd Zaid Yusoff.� - mj _

0 comments: