Tuesday, May 26, 2009

Anwar terima borang 320 ahli Umno di Perlis

Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 04Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.

Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

Yang lebih menarik ialah DUN Kuala Perlis terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.

Menurutnya, ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.

Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.
sumber malaysiakini.

2 comments:

org memali said...

Bagus la kalau macam tu , nak buang ,jadi isu . jadi biar keluar sendiri . ringankan sikit beban UMNO .Rakyat pun meluat ,tengok perangai2 bakal pemimpin yg macam ni . Lepas tu jgn la pula nak kona mai balik . Dok sana diam2 sambil meneruskan 'perjuangan' .

hanif said...

itu hamba setuju sbb kalau dok mai lompat2 ni membuatkan org akan meluat dgn kita...tak tetap pendirian...kalau ada pemimpin mcm ni lg bahaya.